Monday, May 6, 2013

Kadang-Kadang



Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka [ buruk sangka ]
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa maksud apa-apa .

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak ..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

Sedikit bicara sedikit pula kita buat dosa.
jaga ucapan jaga lidah kerana DIAM itu emas.

(Sumber: Ustadz Jefry Al-Bukhori)

2 comments:

  1. As-Salam....Memang terbaik untuk santapan rohani yang tak puas-puas diisi dek kerna sentiasa bocor oleh maksiat dan dosa....

    ReplyDelete
  2. Biar Diam yang punya isi, ya Saudara Muhamad Nooh Lasa.

    ReplyDelete