Thursday, August 10, 2017

Suami Bantu Kerja Rumah Persis Nabi s.a.w.




Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik pada keluarganya. Aku sendiri adalah orang yang paling baik pada keluargaku.” (HR. Tirmidzi, no. 3895. Sahih)
.

Membantu pekerjaan isteri di rumah termasuk bentuk berbuat baik dari suami pada isteri dan menunjukkan keluhuran akhlak suami.Ini telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda berada di rumah.

عَنِ الأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَصْنَعُ فِى أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ فِى مِهْنَةِ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ

Dari Al-Aswad, ia bertanya pada ‘Aisyah, “Apa yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan ketika berada di tengah keluarganya?” ‘Aisyah menjawab, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membantu pekerjaan keluarganya di rumah. Jika telah tiba waktu solat, beliau berdiri dan segera menuju solat.” (HR. Bukhari, no. 6039)

Sifat membantu isteri yang ditunjuk oleh nabi adalah satu sifat tawaduk atau merendah diri. Sifat tawaduk inilah yang akan membuat Allah meninggikan darjat. 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah seseorang tawadhu’ (merendahkan hati) karena Allah melainkan Dia akan meninggikan darjatnya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Tidak sepatutnya berlaku soal siapa yanikul tugasan luaran seperti mencari nafkah, menyediakan keperluan rumah, makanan, menguruskan kenderaan dan seumpamanya, manakala isteri pula sebagai suri rumah.Maka dalam situasi ini wajar untuk isteri membantu menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.Suami membantu bila kelapangan.

Hal ini berdasarkan  hadis riwayat al-Bukhariy dan Muslim yang mafhumnya Fatimah RA mengadu kepada Rasulullah SAW akan bebanan menguruskan rumahtangga yang dialaminya, lalu Rasulullah menasihatinya supaya bersabar kerana Ali RA suaminya gigih dan sibuk dengan tanggungjawab urusan luaran rumah tangga. 

Dalam riwayat lain,pada suatu hari, Saidatina Fatimah berjumpa dengan ayahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Fatimah mengadu kepada ayahnya kerana terlalu penat melakukan kerja-kerja rumah. Beliau menunjukkan tangannya yang pecah-pecah kerana mengisar tepung. Beliau meminta daripada ayahnya agar diberikan kepadanya seorang wanita yang ditawan ketika perang untuk dijadikan pembantu rumah. Nabi Muhammad berkata kepada anaknya, “Mahukah kamu, ayah tunjukkan satu amalan yang lebih baik daripada mendapat seorang pembantu rumah? Ketika kamu hendak tidur, maka bacalah tasbih (subhanallah) tiga puluh tiga kali. Bacalah tahmid kepada Allah (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Bacalah takbir kepada Allah (Allahuakbar) tiga puluh tiga kali.” Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari.

Dari hadis ini difahami bahawa seorang isteri perlu bersabar melaksana kerja rumah dan mendidik diri dengan berzikir. Walaupun Islam tidak mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah dan berhak menuntut seorang pembantu rumah daripada suami, namun Islam amat menggalakkan agar isteri dengan rela dan ikhlas melakukan kerja-kerja tersebut. 

Dalam suatu hadis: “Jika seorang wanita itu (mampu menjaga) solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga faraj (maruah)nya, taat pada suaminya, nescaya akan masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya” [Ahmad & Ibn Hibban].

Pada sifat taat kpd suami itu merangkumi kehendak agar isteri melakukan kerja rumah, kerana kadangkala kehadiran pembantu rumah menimbul berbagai masalah dan ketidakselesaan.

Kepada para suami,jangan dibeban semua tugas rumahtangga ke bahu isteri. Bantulah semampu mungkin seperti yang ditunjukkan oleh nabi. Didik anak yang semakin membesar untuk membantu. Jangan menjadikan isteri atau ibu sebagai abdi dirumah sendiri. Bila berkahwin jangan jadikan ibu sebagai pengasuh, bila jadi menantu yang tinggal dengan mertua,bantulah semua kerja rumah.  Wallahua'lam 

[Sumber: FB Abdul Ghani Haron]

No comments:

Post a Comment