Afrika adalah sebuah benua ‘beragama’ yang mana fitrah masyarakat mereka dalam mempercayai kepada Tuhan itu masih lagi menebal di dalam diri mereka. Malah jika dilihat dari sudut keagamaan, Afrika kaya dengan kepercayaan tradisi seperti amalan spiritual dan mistik. Dan mereka juga memiliki agama setempat seperti agama Akan, agama Dahomean, agama Efik, agama Edo, kepercayaan Hausa, agama Odinani, agama Serer, agama Yoruba, agama Voodoo dan banyak lagi.
Selain wujudnya agama-agama budaya ini, agama Kristian juga merupakan agama yang terkenal di Afrika. Kristian sudah bertapak di Afrika lebih awal dari tahun kelahiran nabi Muhammad SAW. Ketika bermulanya hijrah kali pertama umat Islam ke Habsyah (Ethiopia sekarang) rata-rata masyarakatnya sudah beragama Kristian termasuk rajanya Ashamah. Akan tetapi Ashamah menerima Islam dan beliau juga mati sebagai seorang muslim.
Sekitar abad ke 8 M, Kristian bukanlah agama utama di Afrika, di samping itu banyak kepercayaan spiritual yang memiliki unsur sihir dan agama traditional lain yang mendominasi di negara Afrika yang lain. Akan tetapi situasi ini mula berubah apabila negara-negara Barat mula menjajah Afrika bermula pada abad 14 M.[1] Antara kuasa besar yang terlibat adalah British, Portugis, Perancis, Belgium, Itali, German dan Spanyol.[2] Antara salah satu misi utama mereka dalam penjajahan ini adalah menyebarkan agama Kristian di benua Afrika secara besar-besaran.[3]
Sehinggalah tamat perang dunia ke-2, Barat meninggalkan dakyah Kristian yang sangat mendalam dan mengakar di Afrika. Hasil daripada itu, agama Kristian di Afrika juga dilihat turut menyerap (sinkretisme) dari kepercayaan asal masyarakat mereka sehingga mewujudkan denominasi (aliran) Kristian yang banyak memperkenalkan sihir, unsur spiritual, perkara mistik dan pelbagai cara kelainan bagi membuktikan bahawa mereka membawa kebenaran atau ajaran mereka itu dari Tuhan.
Sebab itu, di Afrika banyak melahirkan Pastor Kristian yang banyak memperkenalkan dakyah dengan cara yang ‘superstitious’ dan beserta ritual pelik yang tidak diperkenalkan oleh Kristian Barat. Antara Pastor yang kontroversi adalah Pastor Lesego Daniel, Paul Sanyangore, Chris Oyakhilome, Prophet Shepherd Bushiri dan banyak lagi. Mereka mendakwa yang merasuk itu adalah Holy Spirit dan masing-masing dari kalangan mereka memperkenalkan cara ‘gila’ dalam berdakyah yang tersendiri. Ada antara mereka menyuruh pengikutnya memakan rumput seperti biri-biri kerana di dalam Bible mengatakan mereka adalah biri-biri tersesat. Ada juga yang mendakwa sedang bercakap dengan tuhan melalui telefon sambil merawat pesakitnya. Ini antara cara mereka mahu membuktikan kepada pengikutnya bahawa mereka itu ada kemuliaan.
Sedangkan perkara yang mereka lakukan seperti dalam keadaan kena rasuk dan juga menyembuhkan pesakit seperti pawang, hal itu juga dilakukan oleh agama mistik Afrika lain seperti agama Macumba, Candomble, Santeria, Obeah, Umbanda, Quimbanda, dan banyak lagi. Mereka selalu memiliki ritual pemujaan dan berlaku kerasukkan di dalam ritual mereka. Ia adalah perkara yang melibatkan perkara mistik dan juga penglibatan makhluk halus.
Walaupun begitu, dari segi angkanya, golongan Kristian adalah paling majoriti di Afrika. Oleh itu, usaha dakwah Islam perlu diperkasakan juga di sana. Dan cara Islam tidak akan gah jika medium dakwah hanya menjaja kisah ajaib para wali kerana mereka di sana sudah banyak perkara pelik dan lebih mistik yang telah mereka lakukan. Islam perlu didirikan dengan hujah dan intelektual. Sikap mistikisme ini perlu dihakis dengan rasional dan ilmu yang benar. Islam perlu mengubah cara fikir masyarakat Afrika dalam beragama.
Oleh kerana di sana majoriti adalah Kristian, maka ia membuka ruang kepada pendakwah muslim yang mendalami perbandingan agama untuk melakukan dialog dan dakwah di sana. Ini kerana kita sudah tidak ada banyak perbezaan dengan mereka berbanding jika mahu berdakwah kepada golongan agama peribumi African yang lain. Kebanyakkan masyarakat mereka sangat terbuka dan matang untuk berbincang. Oleh itu, nilai intelektual perlulah ketengahkan kepada mereka untuk merasionalkan dari sikap ‘superstition’.
InsyaAllah, kami cuba untuk memanafaatkan peluang ini bagi menggalas tanggunjawab untuk menyampaikan dakwah ke sana terutama ke enam buah negara pada tahun ini iaitu Zambia, Zimbabwe, Botswana, Uganda, Kenya dan Afrika Selatan. Negara-negara ini jumlah muslim sangatlah sedikit. Sehingga di Botswana dianggarkan jumlah muslim sekitar 5000 orang sahaja (0.4%). Oleh itu, bagi membangunkan jiwa mereka untuk melakukan dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. InsyaAllah, kami percaya Allah akan permudahkan segala usaha ini.
Bagi sahabat-sahabat yang ingin turut menyumbang bersama untuk usaha dakwah ini bolehlah menyalurkan sumbangan di:
AFFIN ISLAMIC
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
1065 8000 9580
Sila email ke finance@askislam.my untuk rujukan kami atau boleh hubungi kami di 034144 3300/05 untuk sumbangan bulanan (walaupun sebanyak RM10.00 sebulan).
Jazakumullah khairan.
Nota kaki:
*Statistik populasi penganut agama dunia: http://www.pewforum.org/files/ 2012/12/globalReligion-tables. pdf
[3] Lihat John Baur, (2005). 2000 Years Of Christianity In Africa: An African Church History, Paulines Publications Africa, Kenya, hlm 103-109
MRM R&D TEAM
No comments:
Post a Comment