Thursday, August 3, 2017

3 Golongan Dapat Pahala Berganda



Jika tidak dapat jadi 3 golongan pertama, jangan pula jadi 3 golongan kedua

3 Golongan Dapat Pahala Berganda

Nabi bersabda:“Ada tiga golongan yang mendapat dua pahala; 

i. Seorang daripada ahli kitab. Dia beriman dengan nabinya kemudian beriman pula dengan Muhammad. 

ii. Seorang lagi ialah hamba, jika dia melaksanakan hak Allah dan hak tuannya. 

iii. Manakala seorang lagi ialah seorang lelaki yang mempunyai hamba wanita. Dia mendidiknya dengan didikan terbaik. Dia mengajarnya dengan ajaran terbaik. Kemudian dia bebaskannya lalu berkahwin dengannya, maka dia mendapat dua ganjaran.

(Riwayat al-Bukhari)

3 Musuh Allah

Allah mengistiharkan “Ada tiga golongan yang Aku bermusuh dengan mereka pada hari kiamat; 

i. seseorang yang diberikan sesuatu kerana bersumpah dengan nama-Ku kemudian dia khianat. 

ii. Seseorang yang menjual orang merdeka lalu memakan hasilnya. 

iii. Seseorang yang mengupah seseorang, kemudian orang yang diupah selesaikan kerjanya namun dia tidak memberikan upahnya.” 

(Riwayat al-Bukhari)

[Sumber: FB Ustaz Muhamnad Luqman Makhtar, editor Majalah Solusi]

No comments:

Post a Comment