Thursday, August 3, 2017

Manusia Diukur Pada Akal



Seorang pegawai polis sedang mengambil keterangan dari seorang pemandu yang terlibat dalam kemalangan.

POLIS : Macam mana kamu sampai melanggar 20 orang?

PEMANDU : Saya pandu 100km/jam. Tetiba tayar kereta saya pecah. Di kanan jalan ada 2 orang. Di kiri jalan ada majlis kenduri kahwin.

POLIS : Masa tu kenapa tak halakan kereta kamu ke kanan. Mangsanya 2 orang saja?

PEMANDU : Betul. Saya pun fikir begitu.

POLIS : Habis tu kenapa langgar tetamu di khemah majlis kahwin?

PEMANDU : Masalahnya, masa saya belok ke kanan, seorang kena langgar, tapi yang seorang lagi lari ke khemah kenduri tu. Saya pun kejar dia sampai ke situ. Sebab tu terlanggar ramai yang lain !

POLIS  : ???!!!

➤➤➤➤➤➤➤

◇ Manusia diukur pada akalnya.

◇ Orang dungu bukan sahaja membahayakan 
     diri sendiri malah orang lain di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment