AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak ,
ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu .
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan dan berlapang
dada .
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara, Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam
perkara maksiat.
٢٠ . Di rumah, Baginda biasa membasuh pakaian, memerah susu kambing dan membuat sendiri
segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir .
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan
ramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, menengking atau mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengar lalu terpegun seolah-olah ada burung
melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun dan hormat kepadanya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul dan telah mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di
kalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata
yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah
bagi mereka
٣٤ . Di manana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu, sabar serta amanah .
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu
ataupun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah dan beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw; oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) .
No comments:
Post a Comment