Gejala tidak percaya kepada Tuhan bermula di Barat. Majoriti yang menjadi atheist di Barat adalah penganut agama Kristian. Apakah puncanya?
Menurut bekas Pastor Seventh-Day Adventist, Ryan Bell, beliau berkata;
"I've looked at the majority of the arguments that I've been able to find for the existence of God, and on the question of God's existence or not, I have to say I don't find there to be a convincing case, in my view,"
Ramai Kristian yang menjadi Kristian berpaling terus dari mempercayai kewujudan Tuhan hanya kerana tidak menjumpai jawapan di dalam Bible tanpa mereka pernah membaca atau mengkaji tentang agama lain apatah lagi Islam yang mempunyai imej yang negatif pada pandangan mereka.
Malahan yang lebih menarik adalah hasil satu kajian di Barat, mendapati hanya 16% bukan Kristian mempunyai pandangan yang positif terhadap Kristian selain dari 87% mengatakan agama Kristian 'judgemental' dan 85% mengatakan ianya adalah hipokrasi. Mereka merasakan agama Kristian tidak dapat menjawab persoalan mereka maka terus membuat kesimpulan Tuhan hanya satu fantasi ciptaan manusia.
Mungkin yang lebih menarik perhatian adalah bagaimana Melayu yang dilahirkan beragama Islam boleh menjadi atheist di Malaysia. Adakah punca dan alasan yang sama yang menyebabkan Kristian menjadi atheist terjadi pada bekas Muslim ini?
Mereka mencari jawapan tetapi tidak menjumpainya lalu membuat kesimpulan agama Islam tiada jawapan buat mereka maka Tuhan tidak wujud.
Persoalannya, apakah benar agama tiada jawapan buat mereka yang menolak kewujudan Tuhan ataupun kemungkinan keterbatasan akal manusia sendiri yang memilih untuk tidak menerima jawapan yang diberikan serta mengharapkan entiti yang bernama Tuhan berfungsi dengan sifat yang mereka (atheist) mahukan dan jikalau Tuhan tidak berfungsi sebagaimana sangkaan mereka maka Tuhan itu tidak wujud?
Mari sama-sama kita renungkan dan berbahaslah dengan adab dan akhlak yang dianjurkan dalam Islam. Bercakap baik ataupun diam. Wallahualam...
MRM R&D TEAM
No comments:
Post a Comment