Ada sesetengah orang menganggap Islam yang dianutinya lebih
baik kerana ia ISLAM ISI sedangkan Islam yang diamalkan oleh rata-rata Muslim
di Malaysia ialah ISLAM KULIT.
Bila bertemu dengan orang yang seperti ini, senyum dan bersabarlah,
jangan cepat melenting. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w. “Bertenang-tenang itu
dari Allah dan tergopoh-gopoh itu dari Syaitan.” (HR Al-Baihaqi).
Bila tiba masa yang sesuai, bersuaralah dengan tenang.
“Tuan, dalam dunia ni, semua benda ada kulit. Manusia, binatang, pokok, buah
pisang pun ada kulit. Tapi hanya ada satu benda saja yang tak ada kulit.”
Selepas beberapa ketika barulah jawab, “TAHI.”
Dalam hidup ini jangan hanya mementingkan isi tetapi
melupakan kepentingan kulit. KULIT adalah SYARIAT atau amalan lahiriah, dan ISI
adalah HAKIKAT atau amalan BATIN.
Jika orang yang mengamalkan ISLAM ISI mengatakan dirinya
lebih takut kepada Allah berbanding orang yang dituduhnya mengamalkan ISLAM
KULIT, sebenarnya ada makhluk lain yang lebih takut kepada Allah. Bukan setakat
bulu romanya meremang, bahkan dia boleh TERBAKAR. Makhluk itu adalah SYAITAN!
Syariat dan hakikat perlu dibawa bersama, seperti buah
perlukan kulit agar isinya tidak rosak, dan dibuang begitu saja. Ilmu boleh
dipelajari daripada lain-lain kitab dan guru, tetapi dalam beramal, ILMU DAN
AMAL MESTI SERENTAK.
Contohnya dalam
solat. Ilmu tauhid (akidah), ilmu fiqah (syariat) dan ilmu tasawuf
(akhlak/hati) mesti diamalkan serentak. Mesti yakin yang disembah hanya Allah
semata-mata, bukan Kaabah. Mesti menepati syarat dan rukunnya, dan di dalam
solat itu mesti ada rasa khusyuk, rasa menghambakan diri kepada Allah. Barulah
sempurna amalan.
Imam Malik Rahimahullahu Taala pernah berkata, “Sesiapa
berfiqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka dia jadi fasik. Sesiapa yang
bertasawuf (hakikat) tanpa fiqah, dia adalah kafir zindiq (kafir tanpa sedar).”
Pun begitu, dalam keadaan keduanya, HAKIKAT LEBIH UTAMA.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia
memandang HATI DAN AMALAN kamu.” (HR Muslim).
Ini bukan bermakna syariat tidak penting, bahkan syariat
juga adalah hukum-hukum yang fardu yang
wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan
hakikat) itu sama-sama diamalkan, Allah memberi keutamaan pada amalan hakikat.
Seperti bandingannya, antara kulit dan isi buah (dalam keadaan keduanya sama
penting) manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.
[Hasil tulisan Ustaz Mohd Fadli Yusof dalam Majalah Sujud
Isu 06]
Ibnu Athaillah berkata: "Syeikh Abu al-Hasan al-Syadzili r.a. berujar, 'Seorang berkata kepadaku, "Hai Ali, bersihkan bajumu dari kotoran, pasti pada setiap tarikan nafas kau akan dijaga dengan pertolongan Allah."
"Baju apakah?"
Dia menjawab, "Allah telah memberimu pakaian makrifat, kemudian pakaian tauhid, pakaian cinta, pakaian iman, dan pakaian Islam. Barangsiapa mengenal Allah, segala sesuatu menjadi kecil dalam pandangannya. Barangsiapa mencintai Allah, segala sesuatu menjadi remeh baginya. Barangsiapa mengEsakan Allah, dia tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Barangsiapa beriman kepada Allah dia akan selamat dari segala sesuatu. Barangsiapa patuh kepada Allah, dia akan sulit bermaksiat. Kalaupun bermaksiat, pasti dia segera memohon ampunan. dan kalau meminta ampunan nescaya diterima."
Dari sana aku memahami firman Allah yang berbunyi, "Bersihkanlah bajumu!" (Q.S: Al Muddatsir :4)
No comments:
Post a Comment