Friday, August 11, 2017

Rebut Ganjaran Setanding Muazin




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ يَفْضُلُونَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ

Dari Abdulllah bin Amru RA, bahawasanya ada seorang lelaki berkata; "

Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu mempunyai keutamaan dibandingkan kami."

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ucapkanlah seperti apa yang muazin ucapkan. Jika telah selesai, maka mohonlah kepada Allah, nescaya (permohonanmu) akan dikabulkan-Nya. (HR Abu Daud No: 440)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Para muazin mempunyai keistimewaan di sisi Allah di hari kiamat.

2.  Para sahabat mencemburui kelebihan yang ada pada muazin.

3.  Rasulullah SAW mengajar agar kita juga boleh memiliki keistimewaan dengan cara:

a.  Mengucapkan kalimah sepertimana lafaz muazin sebaik sahaja diucapkan dengan kadar perlahan

b.  Selepas selesai azan, berdoalah kepada Allah, nescaya doa itu akan diperkenankan Allah.

Jom kita rebut ganjaran keutamaan seumpama muazin.

➤➤➤➤➤➤➤

Kelebihan Saf Pertama dan Solat Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pada panggilan solat dan saf pertama lalu mereka tidak dapat meraihnya melainkan dengan mengundi tentulah mereka akan mengundinya. Seandainya mereka mengetahui apa yang terdapat dengan bersegera melaksanakan solat tentulah mereka akan berlomba untuk melakukannya dan seandainya mereka mengetahui apa yang terdapat pada 'Atmah (solat Isya') dan Subuh tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak". (HR Bukhari No: 2492) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Jika seorang Muslim itu mengetahui kebaikan yang terdapat pada panggilan solat (azan) dan saf pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.

2.  Seandainya seorang Muslim itu mengetahui kebaikan yang terdapat dengan bersegera melaksanakan solat, tentulah mereka akan berlumba untuk melakukannya.

3.  Seandainya seorang Muslim itu mengetahui kebaikan yang terdapat pada solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid, nescaya mereka akan berusaha mendatanginya walaupun dengan cara merangkak.

4. Bisyr Ibnu Hasan, seorang ahli hadis daripada kalangan generasi salaf mendapat gelaran ash-shaffi kerana sentiasa berada di saf pertama di masjid Basrah selama 50 tahun.


Bersegera menuju masjid apabila masuk waktu solat merupakan salah satu ciri dari semangat seorang muslim untuk melakukan ibadah. Jika waktu solat telah tiba, hendaklah kita bersegera menuju masjid kerana di dalamnya terdapat ganjaran yang amat besar.


[Sumber : FB 1 Hari 1 Hadis]

No comments:

Post a Comment