Friday, August 11, 2017

Buat Baik Demi LillahiTaala



Dengar hal yang baik-baik. Cakap hal yang baik-baik. Fikir hal yang baik-baik. Buat hal yang baik-baik.

InsyaAllah akan sampai suatu ketika nanti kita benar-benar akan jadi baik, dengan penuh rasa ketulusan, Lillahitaala.




Jangan mudah mengatakan
TIDAK TAHU sedangkan kamu BELUM BERFIKIR,
TIDAK BOLEH sedangkan kamu BELUM MENCUBA,
TIDAK SUKA sedangkan kamu BELUM MERASA,
TIDAK BERJAYA sedangkan kamu BELUM DIUJI.







IBLIS SANGAT FOKUS DALAM NIAT HENDAK MENYESATKAN MANUSIA. Iblis angkuh berkata kepada Allah Subhanu Wa Ta'ala:

"Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya." ( Surah Saad ayat 82).

IBLIS HADIR DALAM BENTUK JIN DAN MANUSIA:

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Naas ayat 6).

Iblis membisik kepada sekutunya yang dalam bentuk manusia supaya turut membantu melaksanakan misi mereka supaya berjaya. Sekutu iblis di kalangan manusia tidak sedar mereka sedang diperbodohkan oleh iblis.

MUSLIM JUGA PERLU FOKUS DALAM MISI HIDUP KITA MENTAUDKAN ALLAH DAN MENGAJAK MANUSIA SUPAYA TURUT MENTAUHIDKANNYA.

Usah dilayan gangguan dari mereka yang berusaha membantutkan usaha dakwah kita sedangkan diri mereka tiada pengaruh dan kuasa!

“Sesungguhnya syaitan tidak ada kuasa ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Rabb-nya. Sesungguhnya KUASA (SYAITAN) HANYALAH KE ATAS ORANG-ORANG YANG MEMGAMBILNYA JADI PEMIMPIN DAN ORANG-ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN ALLAH." (An Nahl ayat 99-100).

Ikhlaskan usaha dakwah kita hanya kepada Allah Subhanu Wa Ta'ala nescaya mereka tidak mampu menyesatkan kita.

"...kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka”. (Shad ayat 83).

Kita semua adalah pemimpin, sebagai bapa, ibu, ketua masyarakat, ketua jabatan, pemimpin politik dan sebagainya. Ikhlaskan diri dalam memimpin mereka yang diamanahkan kepada kita.




Orang Eskimo takut ancaman serigala. Kerana itu, pada waktu malam mereka rendam bilah-bilah pisau yang tajam dalam darah (contoh, darah ayam). Keesokan hari pisau itu diletakkan di dalam hutan tempat yang disyaki ada serigala.

Apabila terhidu bau darah, serigala terus mencari dan menjilat pisau itu. Serigala tahu pisau memang tajam, tetapi oleh kerana darah itu sedap, ia terlalai sehingga lidah sendiri terhiris, darah keluar tanpa dapat dikawal dan terasa perit. Kesedapan itu yang membunuhnya.

Dalam hidup ini terlalu banyak perkara meyeronokkan yang boleh merosakkan. Penagih dadah tahu dadah merosakkan, tetapi kerana ketagihkan nikmatnya, bahaya diabaikan.

Perokok tahu tabiat itu boleh menyebabkan kanser, tetapi kerana ingin dapat ramai kawan jika merokok, atau sedutan asap itu amat menyeronokkan, mereka teruskan juga.

Gadis tahu zina itu haram, tetapi kerana perasaan bahagia bila dicintai, dipuja, digilai, mereka membiarkan diri terjerumus ke jurang.

Allah sudah mengingatkan, "......boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Al Baqarah ayat 216).

Jom ikut perintah Allah. Biarlah nafsu menderita di dunia, asalkan kita tidak menderita di akhirat.



No comments:

Post a Comment