Wednesday, December 2, 2015
Tali Syukur
Syukur itu umpama baja bagi rezeki.Jika seseorang bersyukur,rezekinya (berupa ilmu, harta, kesihatan, masa dan tenaganya) akan subur. Inilah hukum yang dimaksudkan oleh pakar-pakar motivasi sebagai LAW OF GRATITUDE. Hukum sunnahtullah ini menyatakan bahawa setiap aksi akan ada reaksi yang seimbang dan bergerak ke arah bertentangan.Rasa syukur akan membuat diri kita berusaha menuju Allah dan sebagai reaksinya,syukur itu akan bergerak menuju kita semula.Maksudnya,jika kita bersyukur iaitu dengan menggunakan nikmat untuk membantu orang lain,nikmat itu akan memantul semula kepada diri kita. "What you give,you get back". Apa yang kita beri akan kembali kepada kita semula.Dengan itu,rezeki milik kita akan bertambah dengan sendirinya.
Allah berfirman yang bermaksud: ”Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan:”Jika kamu bersyukur pasti Aku tambah nikmat-Ku kepadamu;sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu,sesungguhnya seksaan-Ku sangat dahsyat.” (Surah Ibrahim 14:7). Oleh itu, ikatlah nikmat kurniaan Allah dengan “tali” syukur. [Sumber: Semuanya Soal Hati oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi]
Syarat sah sujud syukur ialah suci daripada hadas kecil dan besar dengan berwuduk dan mandi junub atau alternatifnya, suci tubuh, pakaian dan tempat daripada najis, menghadap kiblat, menutup aurat. Syarat harus sujud syukur pula ialah Islam, berakal, baligh, suci daripada haid dan nifas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment