Sunday, December 6, 2015

Almarhum Tunku Jalil Dalam Kenangan

INNALILLAHI WANINNA ILAIHI ROJIUN. SEMOGA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG MELIMPAHKAN RAHMAT-NYA KE ATAS ROH ALMARHUM DAN DILETAKKAN DI KALANGAN PARA SOLEHIN. AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.
“Almarhum kata, ‘hai boleh saya salam? Saya peminat setia. Saya dan akak saya, selalu main masak-masak depan TV ketika Chef Wan bercakap. Chef Wan selalu buat saya ketawa’. “Saya tanya, ‘you’ kerja di mana? (Tunku Jalil jawab) Oh saya tengah ‘training’ dengan PDRM.“Saya kata oh macam ini kena lah makan lebih lagi. Saya tak tahu langsung bahawa Almarhum memang tidak sihat.” “Sudi ke Chef Wan terima hadiah dari saya? Almarhum keluarkan buku dari begnya. Saya kata kepadanya, ‘oh kamu penulis juga? “Beliau jawab, ‘no...but this book was commissioned by my dad’. Beliau tandatangan buku itu dan ketika itulah baru saya tahu beliau adalah Tunku Jalil, anakanda kepada Sultan Johor,” kata Chef Wan lagi.
Siti Nurhaliza yang masih dalam tempoh berpantang akibat keguguran baru-baru ini memberitahu, putera keempat, Sultan Johor itu "Putera raja yang berjiwa rakyat. Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya kesedihan.Tiada lagi panggilan 'Makiti' dari insan bernama YAM Tunku Jalil ... Lil, maafkan Makiti tak dapat menziarah Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Makiti. Al -Fatihah."
Penyanyi Nomad memuatnaik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil yang pernah dimuatnaiknya ketika sambutan hari lahir Almarhum, Julai lalu dengan mesej yang menyayat hati."Innalillahiwainnailaihirojiun...Ya ALLAH, tempatkanlah sahabatku di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah. Saya sangat rindukan Ku (Tunku)... sangat rindu. Saya kehilangan bos saya, abang saya, raja saya. Kami sayang Ku. Ku, tunggu patik, Ku. Patik nak tengok Ku buat kali terakhir." Kira-kira tiga minggu lalu, Nomad ada memuatnaik gambarnya menziarahi Almarhum di hospital."Semoga cepat sembuh my boss, YAM TLJ, Tunku Jalil. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kami rindu lawak Ku. Be strong Ku!" Tunku Abdul Jalil dilihat sering memuatnaik gambarnya beraktiviti bersama Nomad di laman Instagram.
LONDON: SOME years ago, I was sitting at a restaurant here. The young man sitting adjacent to me looked at me and smiled. He introduced himself as Jalil. Just Jalil. We got talking about cats. He loved cats. In fact, he loved animals. That was the reason he was here, doing a stint at the Zoological Society of London, looking after the animals there. [Zaharah Othman - NST]
"Kali terakhir jumpa ketika makcik datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, Julai lalu. Tunku Jalil cium tangan makcik dan makcik dapat rasa tangannya sangat sejuk. Jauh di sudut hati makcik cukup terharu seorang anak raja boleh mencium tangan rakyat yang lebih tua daripadanya." [Fatimahzahrah]

No comments:

Post a Comment