Thursday, December 17, 2015
Peribadi Rasulullah s.a.w.
Ketika melahirkan Nabi Muhammad s.a.w., ibunda Aminah tidak mengalami rasa sakit sedikitpun. Bayi Rasul keluar dari perut ibundanya dalam keadaan tangan menadah ke langit sambil berdoa. Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan. Semasa hidupnya Nabi s.a.w. tidak pernah menguap. Dan tidak ada se ekor lalat pun pernah hinggap di tubuhnya.
Tubuh baginda sederhana dan setiap kali duduk atau berdiri, pundaknya kelihatan lebih tinggi. Ketika berjalan di bawah terik matahari, tidak ada bayangan yang mengikutinya. Tetapi awan sentiasa menaungi ke mana pun baginda pergi. Apa bila tidur, meskipun kedua belah matanya terpejam, namun hatinya tidak pernah tidur. Baginda mengetahui dan mendengar apa saja yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Meskipun sudah dijamin masuk syurga, baginda tidak pernah berhenti beribadah.“ Aku ingin menjadi hamba-Nya yang pandai bersyukur,” sabda Rasul. Lidahnya sangat fasih, kata-katanya teratur, tuturnya lembut dan halus. Jom contohi akhlak Rasulullah s.a.w. ~ [Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment