Sunday, December 20, 2015
Jaga Batas Syariat
Allah S.A.W. berfirman:"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA-KU." (Surah Az Zariyat ayat 56).
Ayat ini menunjukkan bahawa di pengakhiran hidup, manusia hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Ini bererti hidup ini memang bebas merdeka. Tetapi merdeka yang ada BATASAN yang letaknya pada SYARIAT ISLAM yang memberi garis panduan 'dos and don'ts.' Apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Matlamat syariah ialah untuk memelihara lima perkara yang maha penting dan bernilai dalam hidup iaitu MEMELIHARA AGAMA, MEMELIHARA KETURUNAN, MEMELIHARA HARTA, MEMELIHARA NYAWA, MEMELIHARA AKAL.
Ikutlah cara yang Allah perintahkan dan Rasulullah ajarkan. Itulah sumber yang membawa kepada KEBAHAGIAAN HAKIKI DAN ABADI.Hindari MANUSIA BERSIKAP SUMBANG dan GOLONGAN MANUSIA BERAMAL SONGSANG, juga MANUSIA YANG PERIKEMANUSIAANNYA TELAH HILANG.Tiada guna hidup senang lenang, boleh buat apa saja, tetapi batin dalam kebimbangan, hati tidak tenteram.
Manusia ini pelakon di pentas dunia yang lakonannya DIRAKAM OLEH KAMERA MILIK MAHA PENCIPTA dan DITONTON OLEH PARA MALAIKAT-NYA.Betapa malu yang tidak terhingga bila VIDEO ITU DITAYANGKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA sejak dari Adam a.s hingga ke manusia paling akhir dilahirkan ke dunia.Peliharalah Allah dan Allah akan memelihara kita semua. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment