Friday, December 4, 2015
Khasiat Herba Tempatan Bahagian 2
DAUN JARUM TUJUH BILAH boleh dimakan sebagai ulam atau direbus menjadi air manisan dan dinikmati semasa cuaca panas. Caranya: petik 30 helai daunnya, basuh dan rebus dalam periuk dengan air lebih kurang 1.5 liter. Rebus sehingga daun layu sepenuhnya (kira-kira 10 minit) dan air berwarna hijau. Sebelum tutup api, masukkan sedikit gula batu ikut rasa. Keluarkan daun-daun itu dengan penyepit dan biarkan air rebusan itu sejuk sebelum dihidangkan. Kalau tidak habis boleh disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari. Minum 1-2 gelas sehari sudah cukup untuk menghindari penyakit kanser usus dan hidung. Ia juga boleh membantu menurunkan darah tinggi dan kencing manis.
DAUN POKOK CILI boleh digunakan untuk Sakit Kayap Ular. Caranya ialah dengan menumbuk daun itu dan disapukan ke tempat yang sakit.
POKOK DUKUNG ANAK ada banyak khasiat. Buahnya digunakan untuk merawat luka, kudis buta, kurap dan panau. Akarnya yang masih segar berguna merawat penyakit kuning pada bayi dan kanak-kanak.Bisa gigitan ular juga boleh dirawat dengan daunnya yang dilumatkan dan disapu pada tempat gigitan. Rawatan yang didapati sangat berjaya adalah rawatan hepatitis B.
POKOK DUIT-DUIT sesuai untuk mengubati sakit kudis buta dan gatal-gatal. Ramaskan daunnya dalam sebaldi air dan mandi 3 hari berturut-turut.
POKOK SAMBUNG NYAWA: Nama saintifik Gynura Procumbeus berasal dari negeri China. Tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Terdapat dua jenis, satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua-duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.Daun agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, sesuai dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Masyarakat cina menggunakan daun itu untuk dimasak sup. Herba ini boleh meningkatkan metabolisme, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain. Mengikut petua orang tua-tua, elok dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.Cara penanaman pokok ini mudah, hanya cucuk keratan yang tidak terlalu muda atau tua ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung.
POKOK SEMALU berupaya MELAWASKAN KENCING dan MEMECAHKAN BATU KARANG dalam pundi kencing.
MENGKUDU dapat membantu penyakit kanser, kencing manis, darah tinggi, penyakit tulang, penyakit jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Kini mengkudu dijadikan sebagai makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticide. [Sumber: Resepi Bonda]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment