Wednesday, December 2, 2015
Hakikat Hamba Allah
Seorang ulama pernah ditanya tentang hakikat hamba yang sebenarnya. Ulama itu menjawab, "Ada tiga hal yang harus dilakukan seseorang untuk mencapai gelaran hamba Allah yang sebenarnya.Pertama, seorang hamba tidak melihat bahawa dirinya memiliki sesuatu apa pun atas apa yang telah Allah berikan kepadanya. Kerana sebenarnya, seorang hamba memang tidak memiliki apa pun. Dia melihat hartanya sebagai harta Allah dan menggunakannya sesuai dengan perintah Allah.Kedua, seorang hamba tidak mengatur dirinya sendiri. Dia meyakini bahawa hanya Allah lah yang berhak mengatur dirinya kerana dia adalah milik Allah. Ertinya, seorang hamba yang sebenar tidak akan menyimpang dari aturan yang telah Allah tetapkan.Ketiga, seluruh kesibukannya adalah untuk apa yang telah diperintahkan oleh Tuannya. Hidupnya dihabiskan untuk berkhidmat kepada Allah. Melakukan apa yang disenangi Allah dan meninggalkan apapun yang tidak diredhai-Nya."
"Jika seorang hamba telah meyakini bahawa dirinya tidak memiliki apapun di hadapan Allah maka dia akan mudah berinfak dan bersedekah sesuai perintah Allah untuk berinfak.Jika seorang hamba pasrahkan dirinya untuk mengikuti aturan Allah, maka musibah di dunia akan menjadi remeh baginya kerana semua yang terjadi telah Allah atur. Dan dia meyakini bahawa aturan Allah adalah yang terbaik baginya.
Jika seseorang telah sibuk dengan apa yang diperintahkan Allah kepadanya. Maka dia tidak akan lagi sibuk membanggakan diri dan meremehkan orang lain.." [Sumber: ZonKuliah]
Hamba Allah yang bertaqwa tidak akan memberi DIA "sisa" masanya. Dia tahu tidak akan ada apa yang akan tercapai tanpa pertolongan-NYA. Solatlah di awal waktu. Khusyuklah dalam mengerjakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment