Wednesday, December 2, 2015
Allah Melihat Hati
Jika kita 'selfie' hati kita, adakah kita sanggup menayangnya kepada dunia, lantaran kotornya ia? Mungkin, ketika kita selfie, edit sedikit, nampak cantik, lawa dan banyak orang 'like', lantaran "luaran" kita yang kelihatan baik. Namun, adakah HATI kita secantik wajah kita? "Its easy to take a selfie at the right angle. But Allah looks at us from every angle, not just 'our good side'..."
Oleh itu, cubalah berbuat baik, berkata yang baik-baik, tulisan yang baik dan memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai orang 'like' cukuplah Allah 'like' lebih daripada yang lain. Allah paling mencintai hamba-hamba yang menyahut perintah-Nya. Hati adalah raja dalam kerajaan diri. Berhati-hatilah menjaga hati. Berilah hati kepada Pencipta hati.
Penggera Sebenar, Tok Bilal melaungkan azan! Telefon bimbit melaungkan azan! Radio melaungkan azan! TV melaungkan azan! Komputer melaungkan azan! Jam dinding melaungkan azan! Walaupun semua ini melaungkan azan, tetapi masih lewat mengerjakan solat....!!
Ditanya kepada seseorang, "Apakah apps yang paling bagus untuk mengetahui waktu solat?" Jawab beliau, "HATI"..... kerana jika HATI itu ADA ia akan SEDAR tanpa sebarang PENGGERA.Tetapi jika HATI itu LALAI dan LEKA. Tiada PENGGERA yang boleh MENYEDARKANNYA!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment