Sunday, December 27, 2015
Cari Allah Dalam Semua Suasana
Dalam hidup ini, apa jua persoalan yang dihadapi, sebaik-baiknya carilah Allah dahulu kerana hasil yang didapati lebih tepat dan lebih cepat berbanding mencari bantuan manusia. Sandarkan harapan hanya kepada Allah. Kata kuncinya: TAWAKAL KEPADA ALLAH. Ketika berdoa, YAKINLAH ALLAH AKAN MAKBULKAN menurut bidang masa yang ditentukan-Nya. Allah tidak pernah mungkir janji. Masalah yang kita hadapi sebenarnya tidak sebesar mana dibandingkan dengan berbilion nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita.Jangan bebankan diri dengan memikirkan masalah itu. Sebaliknya mohon supaya Allah ilhamkan cara dan jalan untuk menyelesaikannya. Hanya orang yang berhati kering dan tidak subur serta gelap sahaja yang tidak dapat merasa kehadiran Allah. Oleh itu bersangka baiklah kepada-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Kaya itu bukan kerana banyak harta tetapi kaya yang sebenar ialah kaya hati (cukup yang ada).(HR Muslim.) Kaya hati adalah kaya dunia dalaman diri. Kaya harta cuma kaya luaran semata-mata.Bila menghulur sedekah, jangan terdetik di hati bahawa wang itu akan menyusut, atau takut jadi miskin. Sebaliknya yakinlah wang itu akan diguna oleh pihak penerima dengan sempurna. In sya Allah sedekah itu Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Jangan takut pada apa-apa atau sesiapa. Hati yang takut pada kegelapan dan para makhluk yang gelap, tidak ada Allah di dalamnya. Oleh itu perbanyakkan zikir dan istighfar supaya hadir rasa takwa kepada Allah di dalam hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment