Saturday, December 12, 2015
Harta - Manis Di Dunia Bahagia Di Akhirat
Pada suatu hari selepas solat subuh,Nabi s.a.w. bersabda:"Kalian semua (orang Anshar) sudah mendengar bahawa Abu Ubaidah sudah pulang dengan membawa banyak harta dari Bahrain." “Benar, Ya, Rasulullah “ jawab sahabat. Beliau kembali bersabda:"Kalian layak berbahagia dengan sesuatu yang menyenangkan, tetapi demi Allah…Bukan kemiskinan yang aku takutkan dari kalian. Aku sebenarnya takut jika kalian cinta terhadap harta sebagaimana orang-orang sebelum kamu mencintainya." Para Sahabat terdiam.Beliau menyambung:" Aku takut kalian berlumba-lumba memperbanyakkan harta sama seperti mereka yang berlumba-lumba mengumpulkannya dan kalian pun akan binasa sebagaimana mereka dibinasakan."
Harta akan menjadi tanaman yang manis jika diurus dengan benar. Orang berjiwa dermawan dan memanfaatkannya dengan cara yang baik, nescaya harta itu akan menjadi barakah baginya. Namun, orang yang mengambil dengan perasaan tamak dan membelanjakannya mengikut hawa nafsu, harta itu bagaikan racun baginya. Makan tidak kenyang, tidak merasa kelazatan hidangan yang serba mewah.Sesungguhnya tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.
Saidina Ali k.w menuturkan: "Orang yang zuhudkan dunia (tidak gemarkan dunia), akan mudah melalui musibah dan orang yang selalu mengingati mati, akan segera berbuat kebaikan. Sesungguhnya dalam diri mukmin yang miskin ada kekayaan jiwa,dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu. Orang beriman sentiasa bersyukur bila bergembira dan bersabar bila menderita dan hidup ini indah kerana Allah.
Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia bencikan kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung,nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara."
Si kaya berulang alik ke Makkah mencari redha Allah, sedangkan jaraknya dari Si miskin yang menderita cuma beberapa langkah. [Misi Saham Akhirat]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment