Wednesday, December 16, 2015

Henti Sebar Hadith Palsu 3

.....
.....
.....
.....
.....
Hadith berkenaan 15 seksaan tersebut (6 ketika didunia, 3 ketika hampir mati dan seterusnya) adalah palsu sebagaimana disebutkan oleh para Imam Hadith, antaranya, pertama; AL-IMAM AL-ZAHABI menyebutkan di dalam Mizan al-I'tidal bahawa hadith tersebut adalah bathil. [Lihat: Mizan al-I'tidal oleh al-Zahabi, jld 6 m/s 264. Cetakan pertama, tahun 1995 Masihi/1416 Hijrah. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut].Kedua; AL-IMAM IBN HAJAR AL-'AAQALANI menyebutkan di dalam Lisan al-Mizan berkenaan hadith tersebut:"Ianya jelas bathil, termasuk dalam kalangan hadith-hadith golongan tarekat." [Lihat: Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar al-'Asqalani, jld 7 m/s 366. Cetakan pertama, tahun 1423 Hijrah. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut]. Turut disebutkan dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu, antaranya: Tahzir al-Muslimin Min al-Ahadith al-Maudhu'ah 'Ala Sayyid al-Mursalin oleh al-Syeikh Muhammad bin Basyir al-Azhari, m/s 81. Cetakan pertama, tahun 1405 Hijrah. Dar Ibn Katsir, Dimasyq. dan Tanzih al-Syari'ah al-Marfu'ah 'An al-Syani'ah al-Maudhu'ah oleh Ibn 'Arraq al-Kinani jld 2 m/s 113-114. Cetakan kedua, tahun 1401 Hijrah. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut]. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment