Thursday, October 8, 2015
Wuduk Orang Kencing Tak Lawas
Keadaan orang yang kencing tidak lawas yang hendak bersolat tidak jauh beza dengan wanita yang menghidap istihadah (darah penyakit) dan penyakit keputihan. Andai kata kencing akan berhenti 30 minit selepas masuk waktu, dia hendaklah menunggu selama 30 minit, kemudian mengambil wuduk dan solat. Jika kencing sentiasa keluar sepanjang masa, bila masuk waktu, dia hendaklah meletakkan sesuatu di kemaluannya yang boleh menyerap air kencingnya (umpama kain atau tisu), berwuduk dan solat dengan segera. Jika air kencing menitik ketika solat, ia dimaafkan. Selepas itu, dia juga boleh bersolat sunat. Untuk solat yang akan datang, dia hendaklah melakukan perkara yang sama seperti tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment