Tuesday, October 20, 2015
Maut Sentiasa Mengekori
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu..."
[Surah al-Jumu'ah 8]. Setiap yg hidup merasai mati. Yang hendak mati akan mati. Yang tidak mahu mati pun akan mati juga. Pelbagai cara dan sebab terjadinya kematian di akhir zaman. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra., Nabi s.a.w. bersabda:
"Di antara tanda-tanda (dekatnya) hari Kiamat adalah banyak terjadi kematian mendadak" (HR at-Thabrani dalam al-Ausath).
Dewasa ini, kematian akibat kemalangan jalan raya sangat tinggi, terutama dalam kalangan berusia 15 hingga 29 tahun di seluruh dunia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 1.25 juta orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh dunia pada setiap tahun dengan Afrika mendahului sebagai benua yang memiliki jalan raya paling berbahaya. Hampir separuh daripada korban kemalangan jalan raya terdiri daripada pejalan kaki dan penunggang motosikal.
Bagaimanapun keadaan mati seseorang itu bergantung pada amalannya. Jika dia soleh, nescaya bahagia bakal menjadi miliknya walaupun berkecai jasadnya dijalanraya. Namun jika dia ahli maksiat dan seorang penentang perintah Allah, kesengsaraan bakal ditempuhinya walau mati di atas katil tanpa sebarang luka di badan.Malang tidak berbau. Ajal maut di tangan Tuhan. Namun, kelalaian berpunca daripada kita sebagai insan yang lemah. Mohonlah keselamatan daripada-Nya semoga kita meninggal dalam keadaan baik (dijauhi musibah kemalangan) dan soleh [Sumber: Ustaz Naim melalui Senyum Sokmo]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment