Saturday, October 3, 2015
Syaitan Dan Nafsu - Siapa Degil
Dalam kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan --- Bahawa sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menciptakan akal.Maka ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal berbaliklah engkau!" Lalu akal pun berbalik. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal, siapakah AKU?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau".
Setelah itu ALLAH S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!" Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian ALLAH S.W.T berfirman lagi yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu ALLAH S.W.T menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu ALLAH S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.Setelah dikeluarkan maka ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka ALLAH S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini ternyata NAFSU ITU SANGAT JAHAT DAN KITA PERLU MENGAWALNYA. Jangan biarkan nafsu itu mengawal kita sebab kita akan musnah. Melawan nafsu lebih hebat dari melawan Syaitan. Sejahat-jahat Syaitan, tetap mengaku Allah itu Tuhannya dan tetap tunduk terhadap-Nya. Syaitan hanya tidak mahu tunduk pada manusia tetapi akur Allah itu Tuhannya dan Tuhan sekalian makhluk.
Bangkai yang mati pasti akan dihinggapi lalat, ulat, cacing, dan pelbagai haiwan kotor dan jijik yang mengerumuninya. Demikian juga hati yang mati. Perkara buruk dan jijik seperti riyak, sombong, ujub, takabbur dan pelbagai lagi akan menghinggapinya.[Senyum Sokmo]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment