Saturday, October 24, 2015
Bercakap Ketika Berwuduk
Mazhab Malikiyah menegaskan dimakruhkannya bercakap ketika berwuduk jika tidak ada keperluan, kerana orang yang sedang berwuduk hendaklah berzikir kepada Allah SWT. Sementara menurut mazhab Syafi’iyah, Hanafiyah, dan Hambali, bercakap ketika wuduk jika tidak ada keperluan hukumnya kurang utama, maksudnya lebih diutamakan diam. Imam al-Buhuti Al-Hambali dalam Kasyaful Qana’ mengatakan: “Tidak dianjurkan untuk bercakap ketika berwuduk, bahkan dimakruhkan. Ini adalah pendapat sebahagian ulama. Maksud makruhnya bercakap di sini adalah kata-kata yang isinya bukan zikir kepada Allah, sebagaimana keterangan sebahagian ulama. Dan makna makruh dalam masalah ini adalah: kurang afdal… Sementara itu, Ibnul Jauzi dan beberapa ulama lainnya, menganggap bercakap ketika wuduk sebagai perbuatan yang tidak dimakruhkan. (Lihat Kasyaful Qana’, 1:103).
Sebagai catatan penting, tidak ada satupun ulama yang mengharamkan bercakap ketika wuduk. Dalam Fatwa Syabakah Islamiyah ditegaskan:
“Tidak ada satupun ulama yang mengharamkan bercakap ketika wuduk. Kerana itu, bercakap pada saat wuduk dibolehkan, hanya saja hukumnya makruh, kurang utama.” (Fatwa Syabakah, no. 14793) [Sumber: Hairul Nizam Ijam]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment