Sunday, October 4, 2015
Taman Mini Comel
Tinggal di kondominum atau apartmen bukan lagi perkara membebankan jika ingin mencipta taman mini.Ruang balkoni boleh disesuaikan dengan tanaman dan elemen hiasan.Taman tetap indah walaupun kecil kerana perkara paling penting cara mengekalkan serinya. Lokasi paling sesuai ialah balkoni kerana ia terdedah kepada cahaya matahari.Lakukan proses menanam secara berperingkat untuk melihat tahap perkembangannya. Membina taman indah tidak semestinya dilakukan serentak.Seterusnya sistem pengairan sempurna juga perlu diutamakan, apatah lagi tanaman itu berada di balkoni.Pengairan bermaksud air dapat diserap pokok dan tanah sementara lebihan air disalurkan keluar.
Ada tanaman yang tidak tahan air yang bertakung di dalam pasu dan boleh meyebabkan pokok cepat mati.Pastikan pasu mempunyai lubang pengairan di bawahnya supaya air siraman boleh mengalir keluar dengan sempurna.Dari segi pembajaan, buat penelitian sepenuhnya mengenai karakter setiap tanaman iaitu mengenal pasti baja sesuai.Bagi penanaman pasu, lebih elok kita gunakan media tanaman yang tidak berat seperti kompos.Campuran kompos dan tanah lapisan atas digalakkan. Pada masa sama kompos boleh bertindak sebagai baja yang juga sesuai untuk penanaman sayur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment