Friday, October 2, 2015
Keikhlasan Menerima Takdir Allah
Bukan semua orang dapat menerima ketetapan dan kehendak Allah Swt dengan mudah, setiap hamba dikehendaki beriman dengan ketetapan Allah Swt iaitu takdir ataupun Qadha dan Qadar-Nya. Sa’ad bin Abi Al Waqqash diuji dengan banyak kesulitan, namun doanya amat mujarab dan sering terkabul. Dikisahkan Sa’ad bin Abi Al Waqqash ketika sampai ke Makkah kedua matanya telah rabun. Namun ramai orang tetap mendatangi beliau dan mengadu. Masing masing meminta doanya. Kemudian datang seorang anak muda bernama Abdullah bin as Saib dan bertanya, "Ami (pangillan penghormatan kepada yang lebih tua) selalu mendoakan untuk setiap orang yang bertemu Ami. Tapi mengapa Ami tidak mendoakan diri sendiri agar Allah mengembalikan penglihatan Ami?"
Jawab beliau, "Aku telah banyak berusaha untuk melihat tapi ketentuan dan keputusan Allah bagiku jauh lebih baik daripada penglihatan yang aku harapkan."
Cukuplah kematian sebagai pelajaran. Cukuplah keyakinan sebagai kekayaan. Cukuplah ibadah yang membuat kesibukan. Mereka yang memiliki kesemua itu adalah orang yang kuat iman.[ Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Dari Utsman bin Affan “Ada enam hal yang harus ditakuti bagi seorang muslim iaitu takut kepada Allah agar tidak mencabut iman kita, takut kepada Malaikat pencatat amal agar tiada catatan amat memalukan buat kita pada hari kiamat nanti, takut kepada Syaitan agar tidak merosakkan amal yang kita kerjakan, takut kepada Izrail agar tidak mencabut nyawa ketika kita lupa kepada Allah, takut kepada dunia agar tidak membuat kita terlena sehingga lupa urusan akhirat, takut kepada keluarga agar mereka tidak menyibukkan kita dengan urusan keluarga sehingga melupakan Allah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment