Saturday, October 10, 2015
Tipu Daya Dunia
Aku melihat tipu muslihat dunia tatkala ia bertenggek di atas kepala-kepala manusia, dan membincangkan manusia-manusia yang terkena
tipunya.Bagi mereka, orang sepertiku tampak amat tidak berharga. Aku disamakan olehnya dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan [IMAM SYAFI'I]
Hari ini ramai orang TAKUT hendak tegur orang yang berbuat dosa disebabkan hendak menjaga hati orang itu kerana tidak mahu dia terasa.Lalu, kita pun tidak tegur dan membiarkan dia berterusan dengan dosanya. FITRAH bila ditegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup! Nabi Muhammad s.a.w. mendakwah kaum Quraisy, memang ramai yang terasa. Abu Jahal mengamuk, Abu Lahab tidak puas hati, Abu Sufian berang, sampai mereka hendak bunuh nabi! Nabi Nuh a.s. mendakwah kaumnya selama 950 tahun, dan mereka terasa lalu enggan terima! Setiap kali Nabi Nuh menegur, mereka lari, tutup muka dengan baju, tutup telinga dengan jari, dan mengejek Nabi Nuh.Nabi Ibrahim a.s. dicampak ke dalam api. Nabi Zakaria a.s. digergaji.Nabi Isa a.s. dikejar untuk dibunuh.Nabi Musa a.s. diburu oleh Firaun.
Oleh itu, kalau nabi-nabi mendakwah pun sampai orang terasa, siapa kita untuk mendakwah supaya orang tidak terasa?
Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:ORANG BERIMAN: Bila ditegur, dia terasa, namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran, memperbaiki dan mendapat manfaat. (Surah Azzariyat). ORANG KAFIR: Bila ditegur, dia tidak berubah. Tidak ditegur pun dia lagi tidak berubah. (Surah Al Baqarah). Oleh itu, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang. Kalaulah kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut dia ataupun menjadi penentangnya? [Team Tarbiah Sentap]
Empat perkara yang menghalang manusia daripada mencapai keredhaan Allah iaitu Godaan dunia - bersifat kebendaan dan hancur, Godaan manusia iaitu keseronokan kepada makhluk, Godaan syaitan yang sengaja diciptakan Allah bagi menguji keimanan manusia, Hawa nafsu iaitu godaan paling besar yang dialami manusia.Nafsu tidak dapat dihapuskan tetapi dapat dikawal dengan cara mengasingkan diri secara berterusan, tidak banyak bercakap, solat malam, berpuasa dan sentiasa beramal ibadah kepada-Nya.
InshaaAllah ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment