Thursday, October 8, 2015
Bila Malaikat Pencatat Amal Berbicara
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula".
(Surah Az-Zalzalah: ayat 7-8).
Wuhaib berkata:"Telah sampai khabar kepada kami, seseorang tidak akan mati hingga ditampakkan kepadanya dua malaikat pencatat amalannya. Maka, jika dia adalah seorang yang taat, kedua malaikat itu akan berkata kepadanya, "Semoga Allah membalasmu kerana kami dengan kebaikan. Kerana berapa banyak majlis kebenaran yang engkau perlihatkan kepada kami dan berapa banyak amal saleh yang telah engkau datangkan kepada kami."
Adapun jika dia adalah seorang yang fasik, maka kedua malaikat pencatat amal akan berkata kepadanya, "Semoga Allah tidak membalasmu kerana kami dengan kebaikan. Kerana berapa banyak majlis keburukan yang engkau perlihatkan kepada kami, berapa banyak amalan buruk yang engkau datangkan kepada kami, dan berapa banyak perkataan buruk yang engkau perdengarkan kepada kami. Maka, semoga Allah tidak membalasmu dengan kebaikan".
Pada saat itulah pandangan mata jenazah terbuka mengarah kepada kedua malaikat tersebut dan tidak akan kembali ke dunia selama-lamanya.[Sumber: Detik-detik sakaratul maut, tulisan Shalahudin As-Said melalui Senyum Sokmo]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment