Monday, October 12, 2015
Nasihat Buat Pakaian Amalan
"Orang beriman sedikit bicara dan banyak beramal, sedangkan orang munafik itu banyak bicara sedikit amalnya." (IMAM AL-AUZA’I)...
"Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka dia akan selalu dilindungi dan siapa yang bertawakkal kepada-Nya dia akan selalu dicukupi. (KHALIFAH UMAR)..."Ada empat hal yang menghalangi rezeki. Tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas dan khianat. (IBNU QAYYIM).
-----
Sambutlah hari-hari kita dengan ibadah dan amal-amal terbaik, agar godaan syaitan tidak memasukkan kita dalam perangkap kelalaian dan penuh kemaksiatan....Doa yang lambat dikabulkan, maka Dia ingin mengujimu. Bila tidak dikabulkan, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...Jangan pernah takut pada kematian. Sesungguhnya kematian tidak akan menghancurkan dan menghinakan, namun dosalah yang akan membuat kita hancur dan binasa....Semua kebahagiaan itu ada hanya di tangan Allah, dan kebahagiaan itu takkan dapat diraih kecuali dengan taat kepada Allah.
Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya, "Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung". (HR Muslim).
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim).
Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.
Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu:
"Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia.Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah,orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment