Entah mengapa manusia yang dicipta begitu indah oleh Allah, terlalu obses dengan jin. Manusia menganggap jin seolah-olah sangat berkuasa dan sangat tertarik untuk mengetahui rahsia alam jin. Kisah makhluk api ini mampu membeliakkan mata orang yang mengantuk, malah bagus untuk melonjakkan “rating” dan populariti sebuah cerita. Terlalu peduli dengan makhluk ini akan menyebabkan minda jadi mundur dan iman menipis. Yang perlu ditakuti ialah TUHAN YANG MENCIPTA JIN DAN SYIATAN berbanding jin dan syaitan itu sendiri. Inilah akidah yang benar. Kalau kita gerunkan jin kerana ia makhluk ghaib, LEBIH UTAMA KITA GERUNKAN ALLAH YANG JUGA GHAIB DARI MATA ZAHIR. Bahkan jin dan syaitan sendiri sangat gerunkan Allah.
Jika terlalu peduli sangat kisah tentang jin dan syaitan, dibimbangi Tauhid kepada Allah akan tercalar seolah-olah jin jauh lebih berkuasa memberi mudarat atau manafaat. Kegerunan melampau kepada kuasa jin seakan ditipu dengan bonus RM50 oleh ejen “Gores dan menang” sehingga terpaksa "berhabis RM5000 membeli paksa" barangan yang tidak diingini. Kuasa Jin kurang dari 50 hp sedangkan kuasa Allah tiada batas hp yang dimiliki-Nya. Makhluk halus hanyalah penumpang di bumi Allah. Mengapa takutkan penghulu kampung kecil sedangkan kita bernaung di bawah "RAJA WILAYAH." Sepatutnya kita menggertak si penghulu kampung yang kecil itu agar jangan sombong bermaharajalela kerana kita datang dengan watikah sang RAJA WILAYAH. PENGHULU ITU PASTI KECUT PERUT BILA MENGETAHUI KITA INI WAKIL RAJA.
Selepas ini jika berasa risau diganggu oleh jin yang nakal, segera ingat dan mohon keteguhan serta bantuan kepada PEMILIK JIN. Sudah pasti kenakalan Si Jin akan dikekang oleh Allah.
[Sumber: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim]
No comments:
Post a Comment