Friday, May 1, 2015
Siak Pewaqaf Masjid
Ahmad dan Zainal, sahabat yang terpisah cukup lama. Ahmad cerdik dan pintar, tetapi kurang beruntung di segi ekonomi, sedangkan Zainal hanya biasa-biasa saja.Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat istimewa; di koridor wuduk sebuah masjid megah dengan infrastruktur mempesona, yang memiliki sisi pandang pergunungan serta kebun teh terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah!
Zainal, sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, Tetapi tetap menjaga jatidiri seorang muslim mukmin.Lazimnya setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah di masjid yang disinggahi untuk memperbaharui wuduk dan sujud syukur. Jika masih dapat waktu yang diperbolehkan solat sunat, dia akan solat sunah juga sebagai tambahan.Seperti biasa, dia tiba di masjid Pekan K. Di sanalah dia ditemukan dengan Ahmad. Zainal cukup terperanjat. Walaupun Ahmad berasal dari keluarga susah, tetapi pintarnya luar biasa.Zainal tidak menyangka bila berpuluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid!
“Maaf, kamu Ahmad, kan? Ahmad kawan sekolah rendah saya dulu?”."Ya, saya" jawab Ahmad.Lalu berpelukanlah mereka.“Hebat sekali kamu Zainal… masya-Allah,” puji Ahmad saat melihat Zainal yang segak bergaya korporatnya. Lengan yang digulungnya untuk mengambil wuduk, menyebabkan jam mewahnya terlihat. “Ah, biasa saja, ” balas Zainal yang berasa hiba. Ahmad dilihatnya sedang memegang mop, seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yang lebar terlihat jelas. “Mad… Ini kad nama saya." Ahmad melihat kad itu”. Wah, hebat!" “Mad, nanti selesai saya solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada kerja yang lebih baik dari sekadar siak di masjid ini. Maaf, ya,” tegas Zainal. Ahmad tersenyum dan mengangguk. “Terima kasih. Selesaikan saja dulu solatnya. Saya pun nak selesaikan kerja ni dulu… Silakan, ya! " balas Ahmad.
Sambil wuduk, Zainal tidak habis-habis berfikir. Mengapa Ahmad yang pintar, cuma kerja sebagai siak di masjid. Tidak salah menjadi siak, tapi… ah, fikirannya tidak mampu memahami situasi Ahmad.Air wuduk membasahi wajahnya. Sekali lagi Zainal melewati Ahmad yang sedang membersih lantai masjid. Andai saja Ahmad bekerja di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy” atau "tukang sapu".Tanpa sedar, ada orang yang solat di belakang Zainal. Sama-sama solat sunat agaknya. Zainal sudah solat fardu di masjid sebelumnya. Zainal sempat melirik. “Barangkali ini kawannya Ahmad…”. Zainal menyelesaikan doanya secara ringkas. Bingkas dia bangun untuk berbual dengan Ahmad.
“Encik,” tiba-tiba anak muda yang solat di belakangnya menegur.“Ya, dik.” “Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad?” “Haji Ahmad yang mana?” “Itu, yang Encik bersembang tadi.” “Oh, Ahmad, ya. Kenal. Kawan saya dulu di sekolah rendah tu sudah haji dia?” “Dari dulu lagi sudah haji, encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…”.
Kata-kata adik itu cukup mengejutkan, menampar hati Zainal. Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini? Anak muda ini kemudian menambah, “Beliau orang hebat . Tawaduk. Sayalah siak masjid ini yang sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yang bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini sebagai masjid transit bagi mereka yang mahu solat. Encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? Itu semua milik beliau. Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, gemar sangat menggantikan kerja saya. Kerana suara saya agak bagus, kadang-kadang saya disuruh mengaji saja dan azan, ” tambah anak muda itu. Terdiam bungkam Zainal, entahlah apa yang ada di hati dan di fikirannya…
Bagaimana dengan kita? Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin ketika bertemu kawan lama yang sedang melihat kita membersihkan lantai, segera kita memberitahu posisi kita yang sebenarnya.Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid, maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahawa kita inilah pewaqaf dan yang membangun masjid ini.Tetapi kita bukan Haji Ahmad dan Haji Ahmad bukannya kita. Dia selamat dari rosaknya nilai amal, tenang saja. . Haji Ahmad berasa tidak perlu menjelaskan apa-apa dan kemudian Allah yangg memberitahu siapa beliau sebenarnya...
Orang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya, seperti dia menyembunyikan keburukannya. [Cerita dari DAUD NAIM]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment