Sunday, May 24, 2015
Filem Disney Lawan Kudrat Dan Sunnatullah
Kakitangan pejabat teras di Disney kononnya tidak pernah mengizinkan anak-anak mereka menonton acara atau filem produksi mereka sendiri atas alasan filem-filem Disney itu banyak mengandungi hasutan. Dari kacamata lain, filem Disney juga mempunyai "kehebatan" yang hampir melawan kudrat dan sunnatullah alam maya ini.Walaupun tema melawan kudrat memang tidak mendominasi sepanjang cerita, namun kesannya ke atas anak-anak di dunia sangat besar.
LION KING adalah salah satu filem animasi garapan Disney yang mendapat nilai paling baik di kalangan para pengkritik. Pada 1994 filem ini juga mengaut untung yang besar. Tidak hairan berderet penghargaan diberikan kepada untuk filem Roger Aller dan Rob Minkoff ini yang menceritakan tentang perebutan kuasa antara singa di hutan Afrika, Scar dan Simba.Ketika Simba melarikan diri setelah kematian bapanya, singa jantan ini tidak lagi mahu makan daging, hanya buah dan daun-daunan. Kita semua pun tahu, singa bukan haiwan maun. Allah SWT menciptakan makanan utama singa ialah daging untuk menjaga ekosistem di muka bumi.
FINDING NEMO adalah filem keluaran 2003 arahan Andrew Stanton ini berjaya meraih penghargaan Anugerah Academy. Finding Nemo mengisahkan ikan kecil bernama Nemo yang melawan bapanya. Nemo yang keras kepala keluar dari lingkungannya, namun di dalam perjalanan ia sedar bahawa tempat terindah adalah bersama dengan mereka yang menyayangi.[Islampos]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment