Sunday, May 3, 2015
Bertugas Mengawal Iman
Sebuah syarikat penerbangan Eropah baru dilancarkan. Seorang lelaki budiman Muslim terpelajar menjadi penumpang di Kelas Pertama. Seorang pramugari menghulurkan segelas arak tetapi lelaki itu menolak dengan penuh hormat. Pramugari kembali kali kedua dengan minuman yang diletakkan di atas dulang indah demi menarik perhatian penumpang itu namun dia tetap menolak dengan beradab, sambil menyatakan dia tidak minum alkohol.Pramugari memaklumkan ini kepada ketuanya yang kemudian datang membawa arak di atas sebuah dulang jauh lebih cantik dari yang mula-mula sambil bertanya,"Ada apa-apa yang tidak kena dengan perkhidmatan kami? Silalah minum, ini hadiah dari kami.”
Bila jawapannya tidak diterima, lelaki Muslim itu menyarankan ketua tersebut memberikan minuman itu kepada juruterbang. Ketua menjawab, " Mana boleh juruterbang minum alkohol, dia sedang bertugas. Nanti pesawat boleh terhempas!"
Dengan air mata yang tergenang lelaki itu berkata, "Saya seorang Muslim dan saya sentiasa bertugas mengawal IMAN dan Kepercayaan saya. Kalau saya minum arak, seluruh hidup saya terhempas di dunia dan juga di akhirat!!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment