Tuesday, May 26, 2015
Senyuman Morsi Yang Dihukum Mati
Dr Muhamed Morsi, mantan Presiden Mesir yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses pilihanraya umum, mempunyai keperibadian yang dikagumi. Beliau rajin bersolat berjemaah di masjid, hafal Al-Qur’an, selalu bertahajjud dan sabar terhadap segala caci maki, menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.Beliau melepaskan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam jangkamasa 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukannya.
Dr Morsi berjaya meningkatkan hasil gandum yang pada pemerintahan Mubarak hanya 20% menjadi melampaui 60%, sekali gus dapat menjimatkan belanja negara dan meningkatkan ekonomi petani. Terusan Suez dijadikan sebagai pasaran bebas dunia. Hasil pendapatan darinya meningkat dari hanya 5.6 bilion dolar kepada 100 bilion dolar setahun. Gaji PNS dan pesara dinaikkan lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur. Kilang Samsung terbesar di Arab dibina di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.Begitu juga kilang kereta,kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata terpakai dari Amerika. Rakyat Mesir dapat menggunakan barangan elektronik bermutu dengan harga berpatutan bila kilang Innar (sejenis tablet / ipad) dibina. Rizab pertukaran asing Mesir mampu ditambah yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Tenaga nuklear dan tenaga matahari dijana sebagai tenaga alternatif, pelabur asing berjaya ditarik supaya melabur di Mesir, jalan darat antara Mesir dan Sudan dibuka kembali bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara.Peluang pekerjaan baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur dibuka luas
Dr. Morsi juga berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya, kehakiman sebenar ditegakkan dan penipuan cuba dihapuskan. Banyak lagi kebaikan Dr Mohamed Morsi yang membuatkan musuh politik Mesir, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama, kepanasan. Kerana itulah Dr. Morsi digulingkan oleh penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.
Beberapa sumber berita antarabangsa menyatakan bahawa Recep Tayyib Erdogan, Presiden Turki berusaha menggunakan Arab Saudi sebagai orang tengah untuk membawa Presiden Morsi ke Turki.Hukuman bunuh kepada Morsi membawa huru-hara dan ketidakstabilan Mesir disebabkan orang ramai tidak berpuas hati dengan regim Gen Fattah As Sisi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment