Tuesday, May 19, 2015
Kiblat Pindah Ke Kaabah
KIBLAT DIPINDAHKAN DARI BAITULMAQDIS KE KAABAH DI MAKKAH --- Setelah berhijrah ke Madinah kaum muslim solat dengan menghadap ke Baitulmaqdis yang ketika itu merupakan kiblat orang Yahudi. Kesempatan ini digunakan oleh orang Yahudi untuk menghina dan memperlekehkan umat Islam. Rasulullah s.a.w. tidak sampai hati melihat kaumnya menjadi bahan ejekan dan hinaan lalu Baginda berdoa kepada Allah Ta’ala agar mengangkat hinaan itu dan memindahkan kiblat ke Kaabah kembali. Allah memerintahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menghadap Kaabah pada hari Isnin pertengahan bulan Syaban. Firman Allah: "Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (Surah Al Baqarah ayat 133).
PERINTAH MEWAJIBKAN BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN diturunkan oleh Allah Taala pada bulan Syaaban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment