Wednesday, May 6, 2015
Jauhi Negatif
Jika tiba-tiba seperti terasa macam ada 'aura negatif' atau 'nasib malang' melingkungi dan kehidupan tidak berjaya dan sebagainya, SEGERA jauhi perasaan itu dan amalkan apa yang diajar oleh baginda Rasulullah dan berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini ---
اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .
---Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. (Riwayat Abu Daud)
Wanita muslimah yang menghormati diri sendiri pasti tidak mahu menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya bersinar dengan air wuduk yang digunakannya untuk beribadah. Dia memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai sebagai seorang muslimah. Dia tidak melampaui batas-batas yang telah ditetapkan dengan berlebihan dalam berhias (tabaruj), menghabiskan banyak masa dan wang mencari kosmetik, pakaian, serta hiasan terbaru yang ada di pasaran. Firman Allah S.W.T.: “Sesungguhnya boros itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya,” (Al-Israa ayat 27). Dia tidak menghabiskan masa di hadapan cermin menggunakan berbagai macam kosmetik, sebab segala yang berlebihan dan melampaui batas, akan menjadikan negatif. Lagipun, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Allah melaknat wanita yang membuat tatu dan meminta ditatu, yang mencabut bulu kening dan meminta dicabut, merenggangkan gigi dan memperindahkannya, serta wanita yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir). “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya.” (HR. Al-Jami’ ash-Shaghir). “Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir). “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan wanita tidak bboleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment