Wednesday, May 13, 2015
Kewajipan Menjaga Amanah
Firman Allah Taala ---
قال الله تعالى :
"إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا"
---"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). (Surah an-Nisa': 58). ◆ Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah menyatakan bahawa Allah Taala menyuruh kita agar menunaikan amanah kepada-Nya seperti menjaga solat, puasa dan ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga, kita disuruh supaya menjaga amanah sesama manusia yang lain seperti memelihara dengan baik barang-barang yang diamanahkan untuk dijaga (الودائع) dan sebagainya. انتهى كلامه بالتصرف
Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, "Tunaikanlah AMANAH kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati orang yang mengkhianatimu." HR Imam Abu Daud rahimahullah "Sahih".
Ya Allah, taufiqkanlah kami agar sentiasa memelihara amanah yang diberikan kepada kami dan jauhkanlah kami daripada tergolong di kalangan orang-orang yang khianat.Aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment