Monday, May 25, 2015
Jangan Dewakan Bola
Jangan Dewakan Bola.Makan bola, minum bola, tidur bola...Sebahagian manusia menjadikan hidupnya KERANA BOLA.Allah ta'ala berfirman:
قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له
---"Katakanlah (wahai Pesuruh Allah): Sesungguhnya solatku, hajiku, KEHIDUPANKU dan KEMATIANKU bagi ALLAH tuhan sekalian alam. TIADA SEKUTU bagiNya" (Al-An'am:162)
Tidak salah minat bola tapi...Jangan sampai jadikan bola segala-galanya sehingga berkasih dan bermusuh kerana bola. Sebaliknya jadikan ia sebagai wadah ke arah kebaikan dan ukhuwwah.Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنع لله فقد استكمل الإيمان
"Sesiapa yang berkasih kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, tidak memberi kerana Allah, maka dia telah MENYEMPURNAKAN IMANNYA". (Sunan Abu Daud (4683)-Shahih). Kalah atau memang satu perlawanan, terimalah dengan tenang sebagai satu permainan. SEMPURNAKAN IMAN kamu dengan MENGASIHI ORANG yang BERIMAN dan BERLEPAS DIRI daripada ORANG KAFIR. [Ustaz Abu Anas Madani]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment