Monday, February 9, 2015
Tenaga Dan Kuasa Solat
Solat adalah kuasa luar biasa dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada setiap umat melalui rasul-rasul utusan-Nya sepanjang zaman. Generasi terdahulu yang mendirikan solat dengan roh dan penghayatan sebenar beroleh keamanan dan penyembuhan besar-besaran.Berbeza dengan umat Islam akhir zaman yang terkial-kial mencari sumber kekuatan, meneroka dari timur hingga ke barat mencari ramuan ajaib buat merawat dan memperkasakan diri. Berguru dengan panglima bertaraf dunia tetapi kesakitan kian merengsa. Padahal, rahsia kekuatan daripada Ilahi ada pada solat.
Daripada Abdullah Ibnu Amr r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Waktu SOLAT ZOHOR ialah jika MATAHARI telah CONDONG (ke barat) dan bayangan seseorang sama tingginya selama waktu Asar belum tiba, waktu SOLAT ASAR masuk selama MATAHARI BELUM MENGUNING, waktu SOLAT MAGHRIB selama AWAN MERAH BELUM MENGHILANG, waktu SOLAT ISYAK hingga TENGAH MALAM, dan waktu SOLAT SUBUH hingga MATAHARI BELUM TERBIT. " (HR Muslim).
Solat itu wajib dalam semua keadaan termasuk ketika berperang dan sakit, dalam cara-cara yang telah ditetapkan. Solat tepat waktu memang bukan hal yang mudah di tengah kesibukan kegiatan harian. Pun begitu ingatlah apa yang telah disabdakan oleh Rasululullah s.a.w. Abdullah Ibnu Mas’ud RA berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, amal perbuatan apa yang paling afdal?” Baginda menjawab, “SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA.” Aku bertanya lagi, “Lalu apa lagi?” Beliau menjawab, “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa lagi, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Berjihad di jalan Allah.”(HR. Bukhari).
Di antara kebaikan solat tepat waktu ialah 1. Dicintai Allah SWT 2. Badan selalu sihat.3. Dijaga oleh malaikat.4.Diturunkan barakah dalam rumah. 5. Wajah menunjukkan tanda-tanda orang yang soleh. 6. Berhati lembut.7. Melalui titian sirat seperti kilat. 8. Diselamatkan dari seksa api neraka.9. Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang tidak takut dan bersedih. Inilah yang disampaikan oleh Khalifah Usman bin Affan.
Menundakan solat bererti menghilangkan KEUTAMAAN ALLAH, menjadikan Dia seolah-olah tidak penting. Na’udzubillah. Kepandaian mengatur jadual akan terwujud bila solat di awal waktu.Menggugurkan dosa seorang hamba. Seperti sabda Rasulullah: “Sesungguhnya seorang hamba yang muslim, jika menunaikan solat dengan ikhlas kerana Allah, maka dosa-dosanya akan berguguran seperti gugurnya daun-daun dari pohonnya” (HR. Ahmad).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment