Saturday, February 28, 2015
Punca Umat Islam Mundur
Umat Islam mundur disebabkan PENYAKIT SYAHWAT, NIAT TERSASAR, KRISIS JIWA menimbulkan penyakit kekeliruan akibat bergantung kepada makhluk lain serta TIDAK BERTAWAKAL KEPADA ALLAH. Manusia zaman ini sedang LEMAS DALAM HUTANG. Umat Islam harus belajar cara-cara menguruskan kewangan yang betul agar tidak terjebak dalam gejala buruk ini. Jika sudah terperangkap di dalamnya, berdoalah kepada Allah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai melunaskan hutang dan berusaha untuk melangsaikannya.Mohon kepada Allah supaya dijauhi daripada segala yang haram. Kata Imam Ghazali:"Hidup kita adalah gambaran Akhirat." JANGAN SESEKALI BERHUTANG KECUALI TERPAKSA. Selain itu , berusahalah mengukuhkan institusi rumah tangga, eratkan hubungan kekeluargaan.BINA BAITI JANNATI.Orang yang paling bahagia adalah orang yang paling BERTAKWA. Ambil kerohanian para ulama. Mohon kepada Allah supaya dimatikan dengan kalimah Husnul Khatimah dan pesan kepada ahli keluarga supaya menyegerakan pengkebumian jenazah kita.Dekatkan diri dengan AL QURAN, baca, fahami makna dan mengamalkannya supaya mendapat Syafaat di Akhirat kelak.
Satu lagi punca umat Islam mundur ialah kerana MALAS MENCARI ILMU YANG MEMBAWA KEBAIKAN. Ilmu umpama hujan yang turun dari langit, manis lagi bersìh. Lalu diminum oleh kayu kayan dengan urat uratnya. Maka diubahnya air itu, menurut kadar rasanya. Yang pahit menambahkan kepahitannya dan yang manis menambahkan kemanisannya. Maka begitu pulalah ilmu yang dipelihara oleh manusia .Lalu diubahnya menurut kadar cita-cita dan hawa nafsunya. Maka orang yang menyombongkan diri, menambahkan kesombongan dan orang yang merendahkan diri akan menambah tawadhuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment