Wednesday, February 25, 2015
Pinggan Sutan Na Poso
Mangkuk/pinggan besar buatan Jerman ini berukuran lilit 42 inci dan diameter 15 inci. Diameter bahagian bawah 9 inci dan tinggi 3 inci. Di muka pinggan terdapat bulatan dan pecah 8 sudut yang bertuliskan nama-nama 4 sahabat besar berselang seli dengan 4 malaikat utama dibaca dari kanan ke kiri bertulisan jawi iaitu Jibrail a.s dan Abu Bakar r.a., Mikail a.s. dan Umar r.a., Izrail a.s. dan Usman r.a. serta Israfil a.s. dan Ali r.a. Di bahagian tengah terlukis gambar bulan bintang yang menggambarkan ciri islam. Semua tulisan dan gambar berwarna biru gelap.Yang menjadi tandatanya adalah bentuk bintang itu berbucu 6 tidak seperti lazim gambar bulan bintang yang berbucu lima yang biasa kita lihat. Bintang ini lebih menjurus kepada Bintang Daud a.s.Bintang bucu 5 yang digunakan sekarang adalah lambang 5 RUKUN ISLAM. Adakah pada zaman itu bintang bucu 6 ini menggambarkan lambang 6 RUKUN IMAN.
Menurut cerita orang terdahulu, pinggan ini adalah hadiah dari Sutan Puasa a.k.a. Sutan Na Poso berketurunan Mandailing kepada Tuan Guru Syaikh Muhammad Nur AlKholidi An Naqsyabandi Sungai Chinchin. Mungkin pinggan ini berusia tidak kurang dari 150 tahun. Pinggan ini biasanya digunakan untuk meletakkan pulut kuning pada hari-hari kebesaran dan juga digunakan ketika para pembesar negeri dan tokoh-tokoh Mandailing datang mengunjungi Tuan Guru.. Diceritakan masa hayatnya, Sutan Puasa sering berkunjung ke Sungai Chinchin, Gombak.. Wallahualam. [Affifuddin Hassan Nasution dalam FB Mandailing The Great]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment