Friday, February 6, 2015
Kasut Lawrence Buat Pengemis
Seorang anggota polis New York, LAWRENCE DE PRIMO, 26 tahun, bertugas di Bahagian Anti-Pengganas, NYPD, meronda di kawasan jagaannya, dengan keadaan musim sejuk, sekitar 3 darjah Celcius.
Ketika sedang melakukan rondaan di sekitar pusat membeli belah di Time Square New York, dia melihat seorang pengemis, berjalan tanpa memakai kasut. Kakinya sudah mula kelihatan kebiruan kerana kesejukan. Melihat keadaan demikian, hati Lawrence tergerak untuk membelikan kasut untuknya lalu bergegas ke kedai kasut, dan membelikan sepasang kasut bersama stokin, BERHARGA USD75.
Dia datang semula kepada pengemis tersebut, dan menyarungkan sendiri stokin serta kasut itu ke kakinya. Dia turut menjemput pengemis itu untuk minum kopi panas, tetapi pengemis itu menolak sambil berkata…"TUAN SUDAH MELAKUKAN SESUATU YANG CUKUP BAIK BUAT DIRI SAYA… SEMOGA TUHAN MEMBERKATI TUAN.”
Seorang pelancong, Jennifer Foster merakam tindakan Lawrence dan kemudian menghantar gambar rakaman itu ke Facebook Rasmi New York Times. Kejadian tersebut dengan segera tersebar luas dan menjadi SIMBOL KEMANUSIAAN…
Lawrence ketika ditemubual oleh New York Daily News menceritakan…"SAYA YANG MEMAKAI KASUT PUN, TURUT MERASA KESEJUKAN, APATAH LAGI JIKA ORANG ITU TIDAK MEMAKAI KASUT. Saya bertanya dia, di mana kasutnya.Jawab pengemis itu “SAYA BELUM PERNAH MEMPUNYAI KASUT!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment