Tuesday, February 3, 2015

Pembuka dan Penutup Pintu Hati

PINTU HATI adalah laluan kepada jalan kebaikan atau kejahatan. Jika ia tertutup dari jalan kemungkaran, selamatlah hamba allah dari segala maksiat yang dilarang oleh Allah SWT. dan menjadi muslim yang baik di sisi Allah SWT. Begitu juga jika terbuka kepada perkara yang mungkar dan dilarang oleh Allah SWT maka, kufurlah hamba itu kepada Penciptanya.

[SUMBER: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/surah-al-maidah-ayat-15-16-pembuka-dan.html]


Akan terpelihara seseorang hamba jika dia sentiasa BERCINTA dengan Allah S.W.T. Yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih. Dan Allah S.W.T. paling mencintai hamba-Nya yang memberi MANFAAT KEPADA DIRINYA SENDIRI DAN JUGA HAMBA ALLAH YANG LAIN.


Bagaimana caranya untuk mengesan sama ada hati kita sihat atau sakit? Panduan dari Syeikh Ibn Ata’illah menerusi kata katanya: “HATI MATI jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika membuat dosa”. 

Jika hati masih rela pada kemungkaran, Imam Al-Ghazali memberi panduan dengan katanya: “Carilah hatimu pada tiga tempat.
⊙ Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. 
⊙ Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. 
⊙ Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga maka berdoalah kepada Allah S.W.T. dan minta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau TIDAK MEMPUNYAI HATI!!!”


Salman al Farisi pernah berkata: Ketika seseorang yang terbiasa berdoa ketika senang, kemudian dia berdoa tatkala ditimpa kesulitan, para Malaikat berkata: “Ini suara yang sering aku dengar. “ Lalu mereka kemudian memberikan pertolongan kepadanya. Namun ketika seseorang tidak biasa berdoa ketika senang kemudian dia mula berdoa tatkala ditimpa kesulitan, para Malaikat berkata: “Ini suara yang tidak aku kenal. “ Maka tidak ada pertolongan bagi orang itu.

No comments:

Post a Comment