Monday, February 23, 2015
Rahsia Di Bilik Hotel
Rahsia di bilik hotel ini adalah kajian rambang dan tidak semestinya berlaku di semua hotel. Sebaiknya buatlah pilihan sendiri. Oleh kerana staf pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas sesebuah bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang disangka. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut kita tahu.
JANGAN GUNA GELAS, CAWAN DAN CEREK DI BILIK HOTEL
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah yang di bawah kajian merakamkan gelas dan cerek di bilik selalunya tidak dibasuh, hanya dilap sahaja. Kadang-kadang ia disembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
PINTU HOTEL MUDAH DIBUKA
Sama ada bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu sendiri untuk keselamatan. Setiap kali berada di bilik, letak sendal di pintu. Tidak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu, ia tidak selamat seperti yang disangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kira sama ada oleh orang luar ataupun staf hotel sendiri. Walaupun murah, sendal pintu cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
JANGAN GUNA AIR DARI PAIP UNTUK MINUM
Jika menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar racun serangga seperti di Cameron Highlands. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa. Pernahkah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staf hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Mengapa? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel!!!
JANGAN BERSANDAR DI TINGKAP BILIK
Tingkap di bilik hotel tidak kerap diperiksa, termasuk bilik-bilik hotel mewah dalam bangunan tinggi. Tidak kiralah sama ada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tidak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google” hotel window fall”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment