Friday, February 27, 2015

Bidai

Ruang balkoni kondominium sering tempias dek hujan dan pantulan matahari. Untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan bidai buluh, rotan atau kayu.Pilihan bidai gaya ringkas dan warna bersesuaian mampu memberikan impak selesa. Tidak seperti langsir, bidai lebih tahan lama biarpun kerap terdedah pada cahaya matahari. Ia mudah dibersihkan dan tidak perlu dihantar ke dobi untuk cucian kering.Terdapat pelbagai saiz di pasaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan saiz balkoni.Pastikan pemasangannya benar-benar sempurna terutama dari segi ketahanan bagi mengelakkan mudah tercabut apabila angin kencang. Pada masa sama ia mengelak insiden tidak diingini yang membahayakan keselamatan jika bidai itu terjatuh. Pilihan bidai pada ruang balkoni juga antara langkah untuk menghalang pandangan terus ke dalam rumah. Sekurang-kurangnya ia mencipta suasana lebih privasi dan santai bersama keluarga.Penggunaan bidai kian popular kerana ia mudah dikendalikan berbanding langsir.Tidak hanya sesuai untuk balkoni, malah bidai juga menarik diletakkan di gazebo, restoran atau pejabat. Dalam konsep dekorasi tradisional atau desa, penggunaan bidai antara pelengkapnya.

No comments:

Post a Comment