Wednesday, February 25, 2015
Kenali Imam Syafie Rahimahullah
“Aku mencintai orang soleh meskipun aku bukan seperti mereka, semoga kelak aku mendapatkan syafaat dari mereka, aku benci kepada siapa saja yang terjerumus kemaksiatan, meskipun sebenarnya aku sama-sama terjerumus” demikian ujar Imam Syafi’i dengan penuh rendah hati. Salah seorang yang hadir membalas perkataan Imam Syafi’i, “Engkau mencintai orang soleh, dan engkau bahagian dari mereka, orang yang mencintai kelak akan bersama yang dicintai, engkau membenci orang yang terjerumus pada kemaksiatan, semoga Allah selalu memberi penjagaan kepadamu daripada perbuatan maksiat.”
Begitulah ucapan Imam Syafie Rahimahullah. Pada bulan Ramadhan Imam Syafie mampu mengkhatamkan Quran di siang hari satu kali dan di malam hari satu kali, sehingga beliau mengkhatamkan Al Quran sepanjang bulan Ramadhan enam puluh kali. Aktiviti malam hari dibahagi tiga bahagian, sepertiga untuk tidur, sepertiga untuk ilmu, sepertiga untuk ibadah. Dalam keadaan sakit beliau pergi menuju Kota Sanaa, ibukota Yaman untuk menuntut ilmu dari Syeikh Abdurrzaq Assan’ani Rahimahullah. Ketika hendak pulang menuju Makkah para pemimpin kota Sanaa membekalkannya seratus dirham. Imam Syafie menerima wang tersebut dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin di pinggir kota Makkah. Suatu ketika Imam Syafie belajar Al Quran bertalaqqi(mengaji) dengan salah seorang masyaikh(Guru). Dalam waktu singkat beliau mampu menghafal Quran tiga puluh juz pada umur tujuh tahun. Ibunya datang membawa wang untuk membayar gaji guru Imam Syafie. Namun kata gurunya, “Wahai Ibu Syafie, tidak usah risaukan masalah bayaran bulanan. Sesungguhnya Syafie telah banyak membantu saya mengajarkan murid-murid sehingga cukuplah bayarannya untuk saya dalam hal itu”.
Demikianlah perjuangan hidup Imam Syafie yang lahir yatim, hanya dibimbing oleh ibunya. Ibu Syafie membawa anaknya yang masih kecil berhijrah dari Palestin ke Madinah dan bertemu dengan guru besar Kota Madinah Imam Malik bin Anas penggagas Mazhab Maliki, bertalaqqi dengan Imam Malik beberapa waktu. Pada umur sepuluh tahun Imam Syafie telah mengahafal kitab Almuwatta, pada umur lima belas tahun telah mendapat izin dari Imam Malik untuk mengeluarkan fatwa. Ketika itu tidak ada yang mengeluarkan fatwa kecuali setelah mencapai darjat Mujtahid Mutlak. Bermula dari situlah terbentuknya MAZHAB ASSYAFIE dan tersebar ke berbagai penjuru dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment