Thursday, February 12, 2015
Teh Betik Merawat Gout
Penyakit gaut atau `gout’ (dalam Bahasa Inggeris) / arthritis adalah berpunca dari kandungan asid urik yang berlebihan di dalam tubuh badan. Pesakit gout hendaklah menjauhi atau mengurangkan pengambilan makanan seperti daging, udang, sotong, kerang, kobis , kekacang serta jagung. Ujian klinikal yang dibuat oleh Profesor Lai dari Universiti bahagian farmasi di China menunjukkan kaedah yang dinyatakan di sini amat baik bagi pesakit Gout, tetapi bergantung kepada kekerapan pengambilan formula ini oleh si pesakit. Cadangan bagi pengambilan formula ini ialah dimulai dengan meminumnya setiap hari selama seminggu, sakit gout akan hilang dan selepas dua minggu , sendi yang terkena gout akan pulih seperti biasa. Jika gout telah hilang tetapi asid urik masih tinggi lagi dalam tubuh badan, disarankan pengambilan formula ini antara 1-3 kali setiap bulan untuk mengelakkan dari penyakit ini berulang kembali. ----- KAEDAH 1 - Ambil betik muda dan layur/salai di atas api tanpa membelahnya kemudian letakkan kaki di atas betik tersebut dan gelek-gelek dengan kaki seperti bertunku. In sya Allah kesakitan gout akan berkurangan. ----- KAEDAH 2 - Buah betik yang matang tetapi kulit masih hijau dipotong kiub kecil, masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan masak sehingga mendidih. Masukkan daun teh seperti membuat minuman teh biasa. ----- KAEDAH 3 - Sebiji buah betik yang telah matang tetapi masih berwarna hijau kulitnya, dipotong bahagian atasnya dan buang kesemua biji betik tersebut. Masukkan daun teh ke dalamnya dan tuang air panas seperti penyediaan teh. Tutup semula bahagian atas tadi seketika dan tuangkan untuk di minum.
[Legacy Secret Trading]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment