Sunday, February 22, 2015
Kenali Tentera Allah
SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang iaitu Orang yang tidak mengerjakan solat, Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, Orang yang derhaka pada kedua ibu bapa, Orang yang suka minum arak, Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka. HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy. Ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak.
Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan kepada Rasulullah s.a.w.kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap. Pendapat pertama mengatakan satu sayap JIBRIL seluas permukaan bumi. Pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap. Satu sayap MIKAIL seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunyai 1000 sayap. Satu sayap HAMALATUL ARSY seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap. ABABIL iaitu burung dari neraka. Apabila datangnya tentera itu di langit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment