Wednesday, February 25, 2015
Cinta Pasangan
Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat, bukan selera seks semata-mata. Tidak juga atas kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal. Jika hanya atas selera seks, atau atas keperluan makan pakai ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil kesempatan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)
Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
PETUA KELUARGA BAHAGIA menurut pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi: 1.Doa yang berterusan 2. Patuh ajaran agama 3. Murah dengan pujian.4. Murah dengan khidmat.5. Murah dengan belaian kasih sayang.6. Murah dengan sentuhan.7. Mencari kebaikan pasangan.8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 15. Tolak-ansur.16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. 20. Sanggup berkorban buat pasangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment