Saturday, February 28, 2015
Punca Umat Islam Mundur
Umat Islam mundur disebabkan PENYAKIT SYAHWAT, NIAT TERSASAR, KRISIS JIWA menimbulkan penyakit kekeliruan akibat bergantung kepada makhluk lain serta TIDAK BERTAWAKAL KEPADA ALLAH. Manusia zaman ini sedang LEMAS DALAM HUTANG. Umat Islam harus belajar cara-cara menguruskan kewangan yang betul agar tidak terjebak dalam gejala buruk ini. Jika sudah terperangkap di dalamnya, berdoalah kepada Allah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai melunaskan hutang dan berusaha untuk melangsaikannya.Mohon kepada Allah supaya dijauhi daripada segala yang haram. Kata Imam Ghazali:"Hidup kita adalah gambaran Akhirat." JANGAN SESEKALI BERHUTANG KECUALI TERPAKSA. Selain itu , berusahalah mengukuhkan institusi rumah tangga, eratkan hubungan kekeluargaan.BINA BAITI JANNATI.Orang yang paling bahagia adalah orang yang paling BERTAKWA. Ambil kerohanian para ulama. Mohon kepada Allah supaya dimatikan dengan kalimah Husnul Khatimah dan pesan kepada ahli keluarga supaya menyegerakan pengkebumian jenazah kita.Dekatkan diri dengan AL QURAN, baca, fahami makna dan mengamalkannya supaya mendapat Syafaat di Akhirat kelak.
Satu lagi punca umat Islam mundur ialah kerana MALAS MENCARI ILMU YANG MEMBAWA KEBAIKAN. Ilmu umpama hujan yang turun dari langit, manis lagi bersìh. Lalu diminum oleh kayu kayan dengan urat uratnya. Maka diubahnya air itu, menurut kadar rasanya. Yang pahit menambahkan kepahitannya dan yang manis menambahkan kemanisannya. Maka begitu pulalah ilmu yang dipelihara oleh manusia .Lalu diubahnya menurut kadar cita-cita dan hawa nafsunya. Maka orang yang menyombongkan diri, menambahkan kesombongan dan orang yang merendahkan diri akan menambah tawadhuk.
Friday, February 27, 2015
Police Emergency Nombor 112 - PENTING
Satu perkongsian. Kredit Redzy Shariff
Pagi ini saya cuba memanggil nombor "112" dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center (dengan hanya 3 deringan).Seorang wanita (mungkin pegawai polis) yang menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon bimbit saya). "Mr Chan, apa saya boleh bantu." Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini. Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)
Kejadian berlaku kepada seorang pelajar kolej perempuan berumur 19 tahun. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1 petang. Dia sedang memandu untuk melawat kawannya. Tiba-tiba sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA (Sticker Polis) mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dengan kereta yang tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yang lebih selamat seperti stesen minyak/balai polis dll), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu bahawa ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru sedang mengekorinya di belakang, dan memberitahu yang dia tidak akan berhenti di tepi jalan.Pegawai polis yang menyambut panggilan kemudiannya menyemak dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja berkenaan dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dengan tenang. Pihak polis sedang dalam perjalanan ke lokasinya sebagai "back up".10 minit kemudian, 2 buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.
Kepada para pemandu wanita yang memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yang tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda untuk berada di tempat yang selamat. Berikan isyarat untuk memaklumkan mereka contohnya hazard light, atau telefon talian 112.Alangkah malang sekali kerana penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewarwarkan maklumat yang sangat berguna ini. 112 adalah nombor kecemasan yang akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan. 112 juga menggunakan sistem yang dipanggil "triangulation" yang boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon. [Maklumat disediakan oleh ayah remaja perempuan berkenaan.]
Bidai
Ruang balkoni kondominium sering tempias dek hujan dan pantulan matahari. Untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan bidai buluh, rotan atau kayu.Pilihan bidai gaya ringkas dan warna bersesuaian mampu memberikan impak selesa.
Tidak seperti langsir, bidai lebih tahan lama biarpun kerap terdedah pada cahaya matahari. Ia mudah dibersihkan dan tidak perlu dihantar ke dobi untuk cucian kering.Terdapat pelbagai saiz di pasaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan saiz balkoni.Pastikan pemasangannya benar-benar sempurna terutama dari segi ketahanan bagi mengelakkan mudah tercabut apabila angin kencang. Pada masa sama ia mengelak insiden tidak diingini yang membahayakan keselamatan jika bidai itu terjatuh. Pilihan bidai pada ruang balkoni juga antara langkah untuk menghalang pandangan terus ke dalam rumah. Sekurang-kurangnya ia mencipta suasana lebih privasi dan santai bersama keluarga.Penggunaan bidai kian popular kerana ia mudah dikendalikan berbanding langsir.Tidak hanya sesuai untuk balkoni, malah bidai juga menarik diletakkan di gazebo, restoran atau pejabat. Dalam konsep dekorasi tradisional atau desa, penggunaan bidai antara pelengkapnya.
Akibat Solat Di Hujung Waktu
Para Malaikat menyeret pergi Fulan yang solat di hujung waktu melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahanam. Fulan menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang boleh membantunya. Dia meneriakkan semua kebaikan yang pernah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. Namun tiada seorang pun dapat membantunya.Para malaikat Jahanam terus mengheret Fulan menghampiri neraka. Dia teringat.Rasulullah SAW pernah berkata; "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka."
Fulan mula menjerit,"Solat saya! Solat saya! Doa saya!" Kedua-dua malaikat tidak berhenti. Mereka sampai ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahanam. Dia mendapati dirinya terawang di udara, melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka. Tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Fulan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Dia kelihatan sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya, "Siapa kamu?" Orang tua itu menjawab,
"Sayalah solatmu." "Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Kamu menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,” Kamu lupa yang kamu sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!"
Pada ketika itu, Fulan tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wuduk. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
[Petikan ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang]
Thursday, February 26, 2015
Tanaman Hiasan Penuh Kreatif
Kalau rumah di atas kayangan sedangkan tanah jauh di bawah, boleh cuba cara begini. Sekurang-kurangnya tembok depan balkoni tidak terbiar kosong. Tanaman herba yang kecil untuk dimakan segar sangat sesuai seperti pokok daun bawang, pokok daun ketumbar dan sebagainya.
Jangan bazirkan tayar-tayar lama. Catkan ia dalam pelbagai warna, susun dalam cara yang disukai dan gunakannya sebagai bekas tanaman yang kreatif.
Sungguhpun pokok bunga yang dipaparkan di sini datangnya dari luar negara, kita boleh juga aplikasikan idea yang sama dengan menggunakan bunga hiasan tempatan contohnya, pokok bunga kertas (bougainvilla) yang ditanam rapat ke dinding rumah.
Tunggul pokok yang telah ditebang juga tidak kurang hebat sebagai bekas tanaman untuk bunga-bungaan hiasan jenis renik yang beraneka warna.
Satu lagi idea yang baik. Tanaman yang sesuai ialah bunga butang, bunga tahi ayam, bunga balung ayam dan sebagainya.
Untuk ini gunakan planter yang digantung dalam susunan yang kreatif.Harus diingat bahawa untuk mengekalkan keindahan semua tanaman ini kita mesti rajin membuang rumpai yang tumbuh di celah-celah tumbuhan hiasan. Jangan biarkan rumput tumbuh meliar di dalam bekas-bekas tanaman tersebut.
Amalan Sunnah Rasulullah S.A.W.
MASUK MASJID / RUMAH DENGAN KAKI KANAN, KELUAR DENGAN KAKI KIRI. SOLAT FARDHU BERJEMAAH di masjid diganjarkan 27 kali ganda dari solat sendirian di rumah. Tiga orang mendapat JAMINAN ALLAH iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar menuju masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah. SESAAT BERDIRI DI JALAN ALLAH lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar ucapan "Hai kawan, jom kita solat." Nabi SAW SOLAT FARDHU DI MASJID, tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa. Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud. Kerana itu BANYAKKAN BERDOA KETIKA BERSUJUD.Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan BERDIRI MEMBERI HORMAT apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
PANJANG LENGAN BAJU Rasulullah SAW hanya sampai pergelangan tangan sahaja. WARNA PAKAIAN RASULULLAH SAW berwarna putih kerana Baginda menyukai pakaian berwarna putih PAKAIAN KESUKAAN Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta. PANJANG PAKAIAN , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali. DILARANG MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA KUNING KEMERAHAN seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki. PAKAI MINYAK WANGI (bagi lelaki) terutama ketika hendak bersolat. ke masjid atau ke mana sahaja. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK ialah bantal, minyak wangi dan susu.
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, MENGEMAS BULU kemaluan dan ketiak selama 40 hari, iblis akan bersarang di situ. JANGAN BERSIUL kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis. MENGUAP adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahan atau tutup mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut. TIGA JENIS ORANG yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, raja yang berdusta, orang miskin yang sombong. PANDANGAN MATA adalah anak panah iblis. Lihat bukan mahram sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk. MASUK TANDAS DENGAN KAKI KIRI, PAKAI ALAS KAKI DAN TUTUP KEPALA. KELUAR DENGAN KAKI KANAN. JANGAN MENGADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa. JANGAN JAWAB SALAM DALAM TANDAS kerana ada lafaz Allah di dalamnya. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
Jika kita BERSIWAK (bersugi),didahului dengan satu kali tasbih, Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR. Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan. POSISI TIDUR yang dianjurkan ialah mengiring di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi. JANGAN TIDUR MENIARAP kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah. TIDUR SEBENTAR SEBELUM ZOHOR membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor. Baginda Rasulullah saw,berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu : 1. Sebelum khatam Al-Qur'an. 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu dihari kiamat. 3. Sebelum para muslimin meredhai engkau. 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah. “ Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“Baginda Rasulallah tersenyum dan bersabda: 1. “Jika engkau akan tidur , bacalah surat al–Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x )
Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat. “Bismillaahirrahmaanirrrahiim, Allaahumma shollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad (3x) “Beristighfarlah” untuk para mukminin, maka mereka akan meredhai engkau. “ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaahaillaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih." (3x)
Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid ,bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaailaaha illallaah hu wallah hu akbar (3x)
MENYIMPAN JANGGUT, memotong misai. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.PAKAI CELAK ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri. CARA POTONG KUKU TANGAN mulakan dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan. CARA POTONG KUKU KAKI mulakan dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri. Pakai CINCIN PERAK di kelingking kanan atau kiri. Akan menjadi sunnah berterusan selama memakainya. NABI SAW MELARANG PAKAI CINCIN di jari telunjuk dan jari tengah.
APABILA BERTAMU, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah. Jangan kedekut BERKONGSI MAKANAN. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya. Jika makan bersama orang miskin, dahulukan mereka. Nabi s.a.w MAKAN kurma DENGAN TIGA JARI iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Kita makan nasi kalau rasa susah hendak melakukannya bolehlah lakukan 3 suapan pertama mengikut sunnah. MEMBERI MAKAN ANAK YATIM adalah kesukaan Baginda. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.JANGAN MENCACI MAKANAN. Jika suka, makanlah. Jika tidak suka biarkan sahaja. JANGAN MAKAN HINGGA TERLALU KENYANG. Sepertiga untuk makanan, sepertiga pula minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas. Lepas makan nasi JANGAN TERUS MINUM. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum. Rasulullah SAW suka MAKAN DENGAN ORANG MISKIN atau memberi mereka makan.
Rasulullah SAW membuka MENU SARAPAN dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesenduk madu asli. MINUM DENGAN MEMEGANG MINUMAN DI TANGAN KANAN. Iblis minum dengan tangan kiri. Rasulullah SAW melarang MENIUP MAKANAN ATAU MINUMAN PANAS. Hendaklah biarkan sejuk sedikit dahulu. Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi GILIRAN MINUM yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan. MINUMAN RASULULLAH SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa SEDUT AIR KE DALAM HIDUNG 3 kali kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung. Nabi SAW BANGUN TIDUR lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur. Jika kita BERSIWAK (bersugi), didahului dengan satu kali tasbih, Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.CARA PEGANG MISWAK dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas. DUA RAKAAT SEBELUM SOLAT FARDU SUBUH lebih baik dari dunia dan segala isinya. Solat sunat 4 rakaat sebelum (QOBLIYAH ZOHOR) setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor. ISTIGHFAR Nabi SAW kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali. Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu PUASA 3 HARI SEBULAN (afdal 13,14,15 hb Hijrah), SOLAT DHUHA DAN SOLAT WITIR.
USAHAWAN AKHIRAT MENYEMAI BENIH DI DUNIA DAN MENUAI HASIL DI NEGERI AKHIRAT.
Wednesday, February 25, 2015
Kenali Imam Syafie Rahimahullah
“Aku mencintai orang soleh meskipun aku bukan seperti mereka, semoga kelak aku mendapatkan syafaat dari mereka, aku benci kepada siapa saja yang terjerumus kemaksiatan, meskipun sebenarnya aku sama-sama terjerumus” demikian ujar Imam Syafi’i dengan penuh rendah hati. Salah seorang yang hadir membalas perkataan Imam Syafi’i, “Engkau mencintai orang soleh, dan engkau bahagian dari mereka, orang yang mencintai kelak akan bersama yang dicintai, engkau membenci orang yang terjerumus pada kemaksiatan, semoga Allah selalu memberi penjagaan kepadamu daripada perbuatan maksiat.”
Begitulah ucapan Imam Syafie Rahimahullah. Pada bulan Ramadhan Imam Syafie mampu mengkhatamkan Quran di siang hari satu kali dan di malam hari satu kali, sehingga beliau mengkhatamkan Al Quran sepanjang bulan Ramadhan enam puluh kali. Aktiviti malam hari dibahagi tiga bahagian, sepertiga untuk tidur, sepertiga untuk ilmu, sepertiga untuk ibadah. Dalam keadaan sakit beliau pergi menuju Kota Sanaa, ibukota Yaman untuk menuntut ilmu dari Syeikh Abdurrzaq Assan’ani Rahimahullah. Ketika hendak pulang menuju Makkah para pemimpin kota Sanaa membekalkannya seratus dirham. Imam Syafie menerima wang tersebut dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin di pinggir kota Makkah. Suatu ketika Imam Syafie belajar Al Quran bertalaqqi(mengaji) dengan salah seorang masyaikh(Guru). Dalam waktu singkat beliau mampu menghafal Quran tiga puluh juz pada umur tujuh tahun. Ibunya datang membawa wang untuk membayar gaji guru Imam Syafie. Namun kata gurunya, “Wahai Ibu Syafie, tidak usah risaukan masalah bayaran bulanan. Sesungguhnya Syafie telah banyak membantu saya mengajarkan murid-murid sehingga cukuplah bayarannya untuk saya dalam hal itu”.
Demikianlah perjuangan hidup Imam Syafie yang lahir yatim, hanya dibimbing oleh ibunya. Ibu Syafie membawa anaknya yang masih kecil berhijrah dari Palestin ke Madinah dan bertemu dengan guru besar Kota Madinah Imam Malik bin Anas penggagas Mazhab Maliki, bertalaqqi dengan Imam Malik beberapa waktu. Pada umur sepuluh tahun Imam Syafie telah mengahafal kitab Almuwatta, pada umur lima belas tahun telah mendapat izin dari Imam Malik untuk mengeluarkan fatwa. Ketika itu tidak ada yang mengeluarkan fatwa kecuali setelah mencapai darjat Mujtahid Mutlak. Bermula dari situlah terbentuknya MAZHAB ASSYAFIE dan tersebar ke berbagai penjuru dunia.
Pinggan Sutan Na Poso
Mangkuk/pinggan besar buatan Jerman ini berukuran lilit 42 inci dan diameter 15 inci. Diameter bahagian bawah 9 inci dan tinggi 3 inci. Di muka pinggan terdapat bulatan dan pecah 8 sudut yang bertuliskan nama-nama 4 sahabat besar berselang seli dengan 4 malaikat utama dibaca dari kanan ke kiri bertulisan jawi iaitu Jibrail a.s dan Abu Bakar r.a., Mikail a.s. dan Umar r.a., Izrail a.s. dan Usman r.a. serta Israfil a.s. dan Ali r.a. Di bahagian tengah terlukis gambar bulan bintang yang menggambarkan ciri islam. Semua tulisan dan gambar berwarna biru gelap.Yang menjadi tandatanya adalah bentuk bintang itu berbucu 6 tidak seperti lazim gambar bulan bintang yang berbucu lima yang biasa kita lihat. Bintang ini lebih menjurus kepada Bintang Daud a.s.Bintang bucu 5 yang digunakan sekarang adalah lambang 5 RUKUN ISLAM. Adakah pada zaman itu bintang bucu 6 ini menggambarkan lambang 6 RUKUN IMAN.
Menurut cerita orang terdahulu, pinggan ini adalah hadiah dari Sutan Puasa a.k.a. Sutan Na Poso berketurunan Mandailing kepada Tuan Guru Syaikh Muhammad Nur AlKholidi An Naqsyabandi Sungai Chinchin. Mungkin pinggan ini berusia tidak kurang dari 150 tahun. Pinggan ini biasanya digunakan untuk meletakkan pulut kuning pada hari-hari kebesaran dan juga digunakan ketika para pembesar negeri dan tokoh-tokoh Mandailing datang mengunjungi Tuan Guru.. Diceritakan masa hayatnya, Sutan Puasa sering berkunjung ke Sungai Chinchin, Gombak.. Wallahualam. [Affifuddin Hassan Nasution dalam FB Mandailing The Great]
Cinta Pasangan
Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat, bukan selera seks semata-mata. Tidak juga atas kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal. Jika hanya atas selera seks, atau atas keperluan makan pakai ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil kesempatan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)
Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
PETUA KELUARGA BAHAGIA menurut pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi: 1.Doa yang berterusan 2. Patuh ajaran agama 3. Murah dengan pujian.4. Murah dengan khidmat.5. Murah dengan belaian kasih sayang.6. Murah dengan sentuhan.7. Mencari kebaikan pasangan.8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 15. Tolak-ansur.16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. 20. Sanggup berkorban buat pasangan.
Muhammad Ali Bukan Sekadar Wira
Muhammad Ali,legenda tinju dunia yang tiada taranya sehingga kini adalah seorang ayah yang sangat mengambil berat tentang maruah anak-anak gadisnya. Ini tergambar dalam nasihat yang diberikan kepada mereka. Beginilah cerita yang mereka sampaikan. "Hari itu kami tiba di rumah ayah. Pemandu kereta mengiringi saya dan adik saya, Laila ke bilik ayah. Seperti biasa ayah menyorok di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami ketawa gembira sambil memeluk ayah penuh mesra. Kemudian mata ayah menyorot pakaian kami yang agak menjolok mata. Dengan lembut ayah menyebut sesuatu yang saya dan Laila tidak akan lupa selama-lamanya. “Hana, semua benda indah yang Allah ciptakan disimpan dalam tempat yang bertutup kerana nilainya yang tinggi dan sukar didapati.Dari mana datangnya berlian? Jauh di perut bumi, tertutup dan terlindung. Dari mana datangnya mutiara? Jauh di lautan, tertutup dalam kulit mutiara yang cantik. Dari mana datangnya emas? Terlindung di dalam batuan berlapis-lapis. Orang yang mahukannya kena berusaha keras. Hana, Laila....TUBUH KAMU JAUH LEBIH BERHARGA DARIPADA BERLIAN, MUTIARA DAN EMAS. KERANA ITU TUBUH KAMU PUN PATUT DITUTUP JUGA!”
[Petikan dari buku: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.]
Tuesday, February 24, 2015
Tazkirah Ustaz Don Daniyal
“Bukan hanya daging babi, haiwan tidak disembelih atau arak saja yang perlu dijaga supaya tidak masuk ke dalam perut, ada lagi sumber lain yang perlu dielak dari menjadi darah daging kita.Makanan yang dimakan memang halal tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu atau diragui statusnya, ia tidak halal. Ia jadi ragu disebabkan waktu kerja, kita guna talian internet pejabat berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak di kantin, kafetaria, atau konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi ke rumah kawan untuk mendengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal tetapi dibeli guna duit claim yang diada-adakan. Claim hotel tetapi sebenarnya menginap di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu, claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke pejabat kerana mahu claim OT.
Ambil kertas A4, smpul surat, cellotape, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online sendiri. Kadang-kadang badan selalu sakit-sakit, duit tak cukup-cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya dari diri sendiri yang tak mengawal nafsu dan hati. Ingatlah, apabila datang musibah janganlah tuding jari sana sini. Bertanggungjawablah ke atas perilaku sendiri.”
Monday, February 23, 2015
Khasiat Jambu Biji
Jambu biji, nama latin “Psidium Guajava” semakin kurang dikenali sekarang kerana pokoknya jarang ditemui. Buahnya berwarna keputih-putihan dan ada juga yang berwarna merah, mempunyai banyak khasiat kesihatan seperti MENCEGAH KANSER menerusi antioksidannya, likopen. Likopen jambu biji lebih mudah diserap tubuh berbanding likopen tomato kerana perbezaan struktur selnya. Pengambilan likopen dapat menurunkan risiko kanser prostat lelaki. Kandungan potasium dan kaya serat bermanfaat MENURUNKAN TEKANAN DARAH DAN KADAR KOLESTEROL. Jambu biji berukuran sederhana mampu menyediakan 20 peratus keperluan potassium dan 36 peratus keperluan serat harian. Jambu biji mempunyai astringen yang menyusutkan rangkaian tubuh. Kerana itu gusi terasa lebih keras dan segar setelah mengunyah jambu biji. Daun jambu biji pula mengandungi antibakteria yang menghalang DISENTRI. Pembunuh bakteria lain dalam buah ini ialah karetinoid, vitamin C dan potasium.Daun jambu biji yang dimakan mentah atau buah masih mentah yang dibuat jus dipercayai secara turun temurun sebagai ubat mengatasi BATUK DAN SELSEMA. Ramuan daun jambu mengurangkan pembentukan lendir dalam saluran pernafasan.
Buah jambu biji kaya vitamin C dan zat besi yang berkesan untuk menghalang jangkitan virus selesema. Kandungan astringen dalam jambu biji MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT yang mula kendur. Vitamin A, C dan potasium membantu proses detoksifikasi. Kandungan serat dan biji buahnya menjadi laksatif yang ampuh bagi MENCEGAH SEMBELIT dan membersih sistem perkumuhan. Menurut kajian yang dilakukan pada tikus, buah dan daun jambu biji membantu menurunkan kadar gula darah dan MENCEGAH DIABETES. Buah ini mempunyai komponen yang diperlukan untuk MENURUNKAN BERAT BADAN seperti serat, protein dan vitamin dan membuat perut terasa lebih kenyang. Vitamin C di dalamnya menjadi ubat yang ampuh untuk SARIAWAN PERUT. Pengambilan jus jambu biji bagus untuk merawat BENGKAK GUSI BERDARAH.
Perjuangan Rakyat Palestin
Rakyat Palestin melancarkan konfrontasi besar-besaran dinamakan INTIFADHAH bagi menentang tentera Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada Disember 1987.Ia berterusan sehingga Mei 1994. Ia mengejutkan penjajah Israel dan kuasa antarabangsa. Faktor yang membawa kepada meletusnya intifadhah ialah 1) Amalan penindasan yang dialami oleh rakyat Palestin. 2) Cubaan menghapuskan kewujudan bangsa Palestin dan penyitaan tanah mereka.3) Pengepungan ekonomi bangsa Palestin di dalam negara oleh penjajah.4) Rakyat Palestin berputus asa terhadap mana-mana penyelesaian politik mahupun keperihatinan negara-negara Arab.5) Cubaan menyingkirkan isu Palestin di peringkat antarabangsa. 6) Kebangkitan Islam berkembang di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.7) Kemerosotan pengaruh politik Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Percikan api intifadhah dilancarkan pada 8 Disember 1987 selepas insiden treler Israel melanggar secara sengaja dua buah lori kecil yang mengangkut para pekerja Palestin dari kem pelarian Jabaliya.Kemalangan tersebut telah mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera.Ekoran daripada itu, kekacauan telah berlaku dan merebak ke kem-kem pelarian di Tebing Barat dan akhirnya meliputi seluruh bumi yang dijajah.Ia telah mengumpulkan seluruh lapisan masyarakat Palestin. Metod Israel menghadapi Intifadhah ialah dengan: 1) Melaksanakan prinsip 'Rabin' untuk menghancurkan tulang kerangka intifadhah berdasarkan nasihat Amerika. 2) Mengusir beratus penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. 3) Menjalankan hukuman beramai-ramai seperti penyeksaan penduduk kampung ,sekatan perjalanan dan memutuskan sistem pengangkutan dan komunikasi.4) Menggunakan peluru hidup yang diharamkan pihak Antarabangsa.5) Menyekat keperluan asas dan mengurangkan pengaliran wang.
6) Penduduk awam Yahudi turut bersama tentera Israel menggunakan senjata untuk menakutkan serta membunuh orang awam.
[Sumber: Dunia Islam Kini oleh Dr.Taufiq Yusuf Al-Waie]
Dalam perang 51 hari tahun 2014 lalu Gaza menunjukkan kemampuan menghasilkan kelengkapan ketenteraan 100% dengan tangan mereka sendiri berupa roket, senapang, sehinggalah pesawat tanpa pemandu. Keberhasilan ini tidak mampu ditandingi oleh negara-negara Arab lain. Beginilah kreatifnya manusia yang hidup dalam kepungan.
Rahsia Di Bilik Hotel
Rahsia di bilik hotel ini adalah kajian rambang dan tidak semestinya berlaku di semua hotel. Sebaiknya buatlah pilihan sendiri. Oleh kerana staf pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas sesebuah bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang disangka. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut kita tahu.
JANGAN GUNA GELAS, CAWAN DAN CEREK DI BILIK HOTEL
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah yang di bawah kajian merakamkan gelas dan cerek di bilik selalunya tidak dibasuh, hanya dilap sahaja. Kadang-kadang ia disembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
PINTU HOTEL MUDAH DIBUKA
Sama ada bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu sendiri untuk keselamatan. Setiap kali berada di bilik, letak sendal di pintu. Tidak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu, ia tidak selamat seperti yang disangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kira sama ada oleh orang luar ataupun staf hotel sendiri. Walaupun murah, sendal pintu cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
JANGAN GUNA AIR DARI PAIP UNTUK MINUM
Jika menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar racun serangga seperti di Cameron Highlands. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa. Pernahkah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staf hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Mengapa? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel!!!
JANGAN BERSANDAR DI TINGKAP BILIK
Tingkap di bilik hotel tidak kerap diperiksa, termasuk bilik-bilik hotel mewah dalam bangunan tinggi. Tidak kiralah sama ada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tidak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google” hotel window fall”.
Sunday, February 22, 2015
Kenali Tentera Allah
SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang iaitu Orang yang tidak mengerjakan solat, Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, Orang yang derhaka pada kedua ibu bapa, Orang yang suka minum arak, Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka. HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy. Ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak.
Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan kepada Rasulullah s.a.w.kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap. Pendapat pertama mengatakan satu sayap JIBRIL seluas permukaan bumi. Pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap. Satu sayap MIKAIL seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunyai 1000 sayap. Satu sayap HAMALATUL ARSY seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap. ABABIL iaitu burung dari neraka. Apabila datangnya tentera itu di langit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Subscribe to:
Posts (Atom)